Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts

Monday, December 17, 2012

happy birthday firah!

salam and greetings!

It's 17 Dec of 2012.

And it's my sister's birthday! Her name is Nur Zafirah Zaimi.

my sis
We are 4 years apart. During our childhood i used to bully her and fought with her. I meant who didn't right? when you have so many siblings. We used to have pillow fight too.


Well it was back then. Now we are grown up. People used to tell that we look alike. They even tell that we are twins.Now we become like friends. Share our thoughts here and there. hmmm...

Now she is studying in a private college to become an optometrist. Anyway i'm wishing you all the best in your future undertaking. May Allah always bless you. Become a good muslimah. Make our mama and abah proud of you. Meet with someone who is soleh and taqwa to guide you my dear sis. In shaa Allah :)

I may not be a great sis for you all this while. But my prayer and my love will always be with you.. <3 p="p">

(^_^)V

Thursday, December 6, 2012

kerana

AMARAN! pos kali ini di tulis bukan untuk membangga diri tetapi apa yang lahir dari hati ini.


Sejak kecil saya memang dapat merasakan yang saya agak bijak (ngeh2 macam perasan pula di sini, tapikan tadi dah bagi amaran) Saya memang mudah ingat apa yang saya baca dan dengar. Apa yang cikgu ajar di sekolah. Pada saya semua itu mudah. Kadang-kadang apabila saya lihat kawan-kawan yang kurang bijak sedikit saya rasa ape lah mereka ni. Takkan lah perkara belajar macam ni pun tak boleh nak buat. Hehe kejam kan di situ.

Setiap tahun asyik turun naik pentas ambil hadiah untuk peperiksaan akhir tahun. Saya memang agak cemerlang sepanjang zaman persekolahan. Bukan saja di sekolah kebangsaan tapi sekolah agama juga. Berjaya meraih 5A semasa UPSR. Bangganya bukan main lagi. Saya rasa macam dapat buktikan dekat seluruh dunia semasa tu yang saya ni hebat. Ada juga memohon nak masuk ke sekolah berasrama penuh tapi tak dapat panggilan.

Penyudah nye saya masuk la Sekolah Menengah Agama Rawang. uwaaaaa saya memang homesick sangat. Tak sanggup nak duduk dekat asrama macam kene seksa. Pada akhirnya saya keluar dan masuk lah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang. Saya teruskan pembelajaran saya dan pada usia 16 tahun (tingkatan 4) saya pun mengorak langkah ke Sekolah Menengah Sains Muar. 

Ok tak mahu bercerita panjang. Saya lulus cemerlang juga dalam peperiksaan SPM. Saya mohon biasiswa untuk ke luar negara dan ditawarkan kursus persediaan A Level di sebuah kolej swasta di Sepang. 

Point nya di sini. Pada suatu petang yang hening. Erm sebenarnya saya pun ingat-ingat lupa sudah. Semasa itu ayah saya menjemput saya pulang. Saya tak pasti pulang dari kolej atau sekolah. Saya bercerita pada ayah saya tentang kehidupan saya. Entah macam mana ayah saya memberitahu saya sesuatu yang amat bernilai yang membuat kan saya sedar.

Kata ayah saya dalam Islam di sisi Allah SWT, Allah memandang tinggi orang yang berilmu. Orang yang bijak pandai. Tetapi dalam kalangan yang bijak pandai ni, Allah akan memandang lebih tinggi orang yang bertaqwa. Jadi itu lah sebijak mana kita pun kalau tidak bertaqwa tak guna juga.

Hmmm pada masa tu saya sedar yang mungkin sebenarnya selama ni saya kejar semua kejayaan saya tu mungkin tak bersandar pada Allah. Tujuan saya bukan pada Allah. Saya mahu buktikan pada saudara mara saya, adik beradik saya, jiran tetangga saya yang saya boleh berjaya. Saya nak buat mak ayah saya bangga. Saya betulkan niat saya sejak itu.

Sebelum saya datang ke India juga, ayah saya berpesan supaya berniat belajar itu kerana Allah juga. Dapat pahala yang banyak. Bermusafir kerana Allah. Semua yang kita buat kerana Allah. Acap kali juga sebelum datang semula ke India itulah yang dipesan.

Teringat minggu lepas usrah saya. Kami bertadabbur surah An-Nisa ayat 95-104. Saya tertarik dengan ayat 104 tu. Maksud ayat itu adalah begini.

 "Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Terkesan saya dengan ayat ini. (oooh saya bukan lah ustazah untuk bercakap perihal agama ya). Jadi saya cuba jelaskan pendapat saya. Saya mengambil contoh pembelajaran. Iyalah saya kan sudah menjadi intern sekarang. Jadi tak perlu lah buka buku lagi. Kalau kita belajar itu kerana Allah. Ikhlas kerana Allah kalau sesusah macam mana pun kita akan cuba juga. Dan selepas itu bertawakal. In shaa Allah akan berjaya. Kerana kita yakin bahawa setiap usaha kita itu dinilai oleh Allah dan akan dikira pahalanya. 

Berbanding dengan rakan-rakan yang non-muslim. Apakah tujuan mereka belajar? lulus cemerlang? sekadar untuk memuaskan hati sendiri? boleh berbangga mengatakan ya akulah doktor yang paling bijak sekali? setelah tercapai segala hasrat di hati adakah hati akan bahagia? itu semua adalah keduniaan semata. Kalau kumpul duit sebanyak mana pun tidak lah dapat dibawa masuk ke kubur bersama-sama.

Seorang rakan saya (seorang non-muslim indian) yang bersama-sama posting dengan saya sering tidak mahu membuat kerja. Padanya sekadar membuang masa dan dia juga tidaklah berminat sangat untuk membuat scaling (mencuci gigi). Entah kenapa saya pula berbeza, walhal bukanlah seronok sangat pun. Iyalah sekadar menyental pelbagai jenis ragam gigi manusia. Tetapi dengan kekuatan hati yang kalau sudah diikhlaskan kerana Allah in shaa Allah saya selesaikan kesemua tugasan saya dengan sebaik mungkin. 

Alhamdulillah semua itu memberi kekuatan. Setiap pagi selepas mengunci pintu bilik saya, saya melangkah ke kolej saya. Di dalam hati saya melafazkan "Allahumma Rabbi Zidni 'Ilman Naafi'a". Entahlah tidak diingat dari mana saya menghafalnya tapi itulah doa yang sering saya bacakan setiap kali melangkah ke kolej di pagi hari. Semoga ada barakahnya, in shaa Allah.

p/s: saya bukanlah seorang ustazah mahupun ingin menjadi ustazah. sekadar berkongsi apa yang terbuku di hati. mungkin amalina saga boleh bersambung lagi selepas ini. sekian.

Tuesday, July 19, 2011

FREEDOM! :)


salam and greetings :)
i've done with my examination..
enjoy the song k
FREEDOM :)
from maher zain...

Thursday, June 10, 2010

............

assalamualaikum..

hmmm tak taw nak tulis tajuk ape hari ni so biar tak bertajuk

feels really stupid today. bukan tak boleh jawap tapi rase cam tak cukup ilmu lagi kat otak!

kenape3??????????!!!!!!!!!!!!!!!!!

susah sgt ke dental materials tu? ataupun mmg tak suke nak bace? atau mmg subjek tu terlalu dry kalo nak compare dgn pharmac, patho or microb?!

hah jgn nak salah kan sesape! salah kan diri sendiri yg memandang enteng dm!

kesian dm selalu kene pulau

encik dm jgn marah or merajuk taw

sy bace awak

janji (insyaAllah)

sy bace taw

sy pun tak nak kantoi juga kene jumpe awak, dating ngan awak lagi extend 6 bulan :P

ish geramnye!!!!!!!!!!

tapi tak taw nak cakap kat sape, tulis jela kat sini. sakit hati huh!

dah2 pegi study patho microb plak esok.

lupekan yg hari ni

pastikan exam final wat yg terbaik

tak maw sangkut :(

amalina rajen please.....

Sunday, February 28, 2010

untuk mama


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


hehehehe patutnya nak post mase hari ibu, tapi tak pe la hari2 pun hari ibu kan? syg mama <3 muah2x

Friday, February 26, 2010

berlari...

assalamualaikum .... :)

hehe ina takde nak cite ape pun sgt
kalau cakap pasal berlari ni
bnyk mende yg berkait dgn berlari ni
ptg2 berlari (jogging) sebab nak maintain badan (mcm la hari2 berlari :P)
hehe
pagi pun berlari2 juga
lambat nak pegi kelas kan
berlari dgn sir microb takut tak bg masuk kelas
(anak dare ape nak jadi? *geleng kepala*)
tapi berlari ni buat ina puas hati
puas hati dgn rase penat
puas hati dgn rase sesak
puas hati dapat tgglkan sesuatu kat belakang
even lepas tu kite patah balik kat tempat asal kite
puas hati dapat lepaskan tension
walaupun lepas tu bile jumpe kawan2
soalan dorg
wat pe u lari lagi
u dah kurus pun~
i puas hati.
berlari sebab nak mengejar sesuatu
berlari sebab nak cepat sampai
berlari nak mengejar cita2 yg belum pasti lg
berlari tuk melepaskan lelah yg terbuku dalam dada
berlari tuk jadi lg kuat
sebab tu ina berlari.
ok la jom dgr lagu ni, lagu penyemangat tuk diri sendiri.
cahaya seribu liku :))


ok la semoga bertemu lagi dalam post yg lain insyaAllah :) doakan ina bole jawap exam bulan mac ni. mekacih sume. sayang ngan sume :)) salam..

Thursday, February 4, 2010

Metastasis yang menular..

episod 1. 30.01.10

okeyh sekarang ina nak bercerita kejadian yg menimpa ina pada hari sabtu ni. ina pergi ke klas praktikal macam biase. praktikal dental material (dm). punye la susah payah buat kerja. kena la pulak curi hasil karya saye. border moulding. maaflah kalau tak paham. buat2 paham la yer. jadi ina pun pggl la roll no 6. ina roll no 5. tny die k yg amik. mane tak nye die jenis nakal sket. hehe tak baik tuduh org tapi ina syak die la. beriya la die menafikan. ha lantak ko! terus pegi jumpe sir ngadu la ape lg. kebetulan santosh sir tu baik. huhu. ape lg. sir tu pun cakap ' ade,u did a great job yar'. 'do one thing, you check every your batchmate locker'. amboi2 ingat mudah k nak cek? dah la bape ramai kot.

huh saje jer nak buat gempak. biar sume tahu barang sy hilang. geram. metastasis yg menular ni harus dicegah! (ambik, blaja neoplasia punye pasal). mereka ni (tempe2) kene di ajar sket. nak cari pasal ngan org lain takpe. but please la jgn dgn sy. geram2. sy takkan berdiam diri ok. then budak roll no 6 tu (name die ambar). cuak yg amat la. sebab nye die takut la sume org pun tuduh die. mengekor ina balik (dekat dental kolej jer takde la sampai ke hostel). beriya cakap bukan die yg amik. ina cakap la ina tak tuduh die tapi ina tahu mesti ade seseorang yg amik. hai entah la...

tahu cast sy takkan dapat balik. tahu. kalau dah hilang mmg tak dapat nak jumpe dah. hopeless. tapi nak gertak jer dorg sume ni. bagi takut sket. suke sgt amik brg org. potong tgn baru taw.

episod 2. 02.02.10

dental kolej ade exhibition. sepanjang mggu ni. dari 1 sampai la 7 hb 2 ni taw. free jer. sape2 nak dtg, dtg la... (promote2). then tetibe tanpa pemberitahuan awal kene jadi volunteer(volunteer la sgt). tugas nye mudah jer, bawa budak2 sekolah rendah tour. erm tak perlu bagi penerangan pun. just pastikan mereka tak hilang. n tgk betul2. dan satu lg kene barlaku adil. hehe. biasela budak2 suke gaduh. yg kecik tak nampak. yg tggi besar pentingkan diri taknak bg yg kecik duk depan. hai pening la kepala melayan kerenah.

sume duk terpanggil2 didi2 (didi tu maknenye kakak dalam bahase hindi). pastu ade sorg budak tu siap pegang tgn ina lg. haha layan je la kan. ceh2 perasan plak kejap. bile ina cakap dr mesia sume berbisik2. bile sampai kat bahagian orthodontic. (ini bahagian yg ina suke). mestila PG2 duk promote pakai braces kan. siap ade mam tu cakap ' u know miss india rite. see she is miss malaysia'. wahaha bukan main suke ina. mmg sungguh terperasan kejap la. sebenarnye ina jadi contoh kot. dah pakai braces kan~ (mam tu promote jer sbnrnye...hehehe)

pas dah abis sume tour tu. kene la hantar dorg naik bas. tak ngedan2 budak2 ni. nasib baik la takde kereta k motor k yg lalu lalang time tu. pakai lari jer dah tak pandang kiri kanan dah budak2 ni. cube kalau jadi pape. mau kami di persalahkan. haish2. saba je la. sume pun duk bye didi~ yer2 babai~ XD

haha tu lah alkisahnye dah lame tak menulis kan. sebenarnye tajuk post ni kene dgn episod 1 jer

episod 3. 03.02.10

hari ni beday syahirah. adik ku yg nakal dan bnyk cakap dan semakin membulat. bile call umah jer mesti cakap 'hadiah, bufday!' ha atid la bnyk kali. takde duit ni ha. bile nak masuk duit jpa ni?? huhu. untuk kali yg ketiga ina tour exhibition lg. kali ni sendiri2 la kan.

ambar tu ade juga. tetibe tny have u found ur border moulding? no jawapan ina. then die cakap nak tlg cari. ha tgk la dapat k tak cari balik. pasrah dah...

bergambar2 juga la kat pameran ni. takut2 juga mane taw sir marah k duk bergamba. ala sket jer, bile org tak nampak. hehe

ok la sampai kat sini je la tulisan ina ni. dah malam nak tido. esok ada kelas nak kene pegi. pharmac ade tutorial. k salam sayang semua... (lots of love~)

Friday, December 18, 2009

just love those words..

berjanji takkan berlalu pergi
kasih pastikan bersemi nanti
mencipta sinar bahagia bersama
aku kan buktikannya ke akhir nafas ku ini
merantai jiwa takkan berpisah
merungkai gundah menguntum indah
terbuka hati yg lama melara
akan ku buktikannya ke akhir nafas ku ini
lirik lagu di ambil dari lagu yg berjudul janji kasih siti nurhaliza :)
sangat indah n nice these words...

Wednesday, December 16, 2009

plan cuti kali ini... hehe

Assalamualaikum.... :)

hehe lame giler ina tak menulis. sebab malas sebenarnye... alasan yg lain sy exam la baru jer abis semalam. n satu lagi takde ape2 yg nak dituliskan hehe XD. k2 cukup dgn segala alasan.

ok ina akan start cuti next week 24.12 sampai la 3.1.10. selamat tahun baru semua!!!! hmm kali ni cuti ina tak balik mesia. instead ina dan 3 orang lagi kawan nak berjalan2 kat north india. hehe syoknye nak mengabiskan duit~ (hai teruknye sy ni kan??) tapi bile lagi kalau bukan sekarang kan3?

tempat2 tujuan kami adelah: delhi, jaipur, agra, shimla dan manali. wah nak main salji kat manali!!!! sekarang musim sejuk so ade peluang la kan insyaAllah... even kat delhi pun sekarang suhu kadang2 boleh mencecah 17 degree! kene bawa baju sejuk nih! ape pun terasa cuak juga la sebab nye kami ni berjalan takde org laki pun sume nye perempuan. but then kami ade amik tourist guide la hopefully semuanye berjalan lancar... (any advice org2 yg berpangalaman? bole la share dgn ina :))

erm cukup la cite pasal tu. kali ni exam ina macam tak berape bagus sgt ade ups n down... hmm 1st internal kan... takpe2 gambate kudesai tuk exam seterusnye! hehe

yer satu lagi ina tak ingat exact date nye tapi 2-3 mggu yg lepas ade pelawat dari USM Kubang Kerian Kelantan datang n dorg nak wat program offshore ngan KLE ni. syoknye coz dorg dah confirm starting dr tahun depan nak hantar 100 students blaja kat u ina ni. so kirenye bertambah ramai la rakyat mesia kat belgaum ni. syoknye3~! lame2 bole jadi cam manipal la belgaum ni. cepat2 wat saranan tuk adekan fudcourt mesian jugak yeah! cume mereka hanya meminjam facilities n dapatkan ilmu dr lecturer la tapi still sijil yg akan dikwarkan nanti MD USM bukannye MBBS cam yg kat india ni. hai tak kisah la sijil i BDS KLE punye.. hehe

tu la antare nye ape2 berita terbaru sy setakat ni. ok insyaAllah bile dah balik dr berjalan nanti ina uplod gamba bnyk2 yer... till then see ya! :P

p/s : doakan kitorg selamat berjalan taw thanx :)

Friday, October 30, 2009

Menulis...berita terbaru?

Assalamualaikum...

sudah lama blog ina ni tak diupdatekan. jadi kali ni ina nak bercerita pasal pemergian ina ke manipal pada 16-20.10 dan majlis makan malam (malaysian night) pada 24.10 yg lalu.

kedatangan ina ke manipal kali ni bukan lah kali pertama, tapi merupakan kali kedua. jadi ina tahu juga la selok belok manipal ni juga. kami dtg ke manipal seramai 8 org. 3 org perempuan dan 5 org junior lelaki. tujuan kami adalah untuk menyertai JASSI (jalinan sahabat seluruh india).

program ini adalah satu program islamik untuk bakal doktor2 (dentist pun bole kire juga la). antara slot yg dimasukkan adalah rukhsah untuk doktor dan pesakit yg ina kire amat berguna bukan saje kepada pekerja perubatan tapi juga kepada orang awam juga. selain itu ade juga slot seperti medicine coffee house yg membincang kan kenape kami join bidang perubatan, target dan matlamat kami. kami juga ade slot memotivasikan diri dan juga pesakit. (apakah ayat ini?)

program yg memakan masa 2 hari setengah ni bole la ina kirekan ok dan bermanfaat juga. banyak juga ina berkenalan dgn kawan2 baru. (mengimprovekan network nampak hehe XD). manipal ini letaknye sebelum sampai ke mangalore tempat ina beraye dulu. so perjalanan kurg 2 jam saje la. tapi still semalaman juga.

ok cukup.

kite bercerita plak pasal malaysian night yg bertema kan manhattan by moonlight. bole tahan juga semua org bergaye siap tempah baju lg. almaklumla kat india ni upah menjahit murah. cume pandai2 la cari material dan design sendiri. rupe2 nye ramai juga malaysian kat uni ina ni. lebih2 lg indian private. yg ina tak penah nampak dan kenal pun ramai juga.

ade la juga beberapa persembahan. yg paling ina suke tonton ade la sketch yg dilakonkan oleh senior2 ina. (antara pelakon utamanye kak mas hehe dan tukang bace cerita nye kak shikin). sumpah kelakar dan nak pecah perut juga la gelak2 hehe
yg ina tak sukenye plak disebab kan majlis ini diadakan di rooftop hotel, makanya mereka2 yg mempunyai pendirian bebas apabila malam makin larut makanye merokok la dibelakang. dan disebabkan majlis diadakan di hotel maka adalah minuman alkohol disediakan oleh pihak hotel dan di minum oleh mereka2. oooo (terasa shubahah la plak astaghfirullah amalina, tak taw nak cakap pe sebenarnye..... :( )

erm ape pun sume tu dah berlalu amik yg baik dan buang yg buruk la... ok la biarlah gamba yg berkate2 yer ina malas nak cakap bnyk sebenarnye..








































p/s1 : kepada cik liyana subri aku tak taw la nak match kan tudung siti tu ngan baju mane, lagi satu kang pakai kang jadi siti nur amalina plak kang hehe tgk la camne kalo dah jumpe care aku pakai la heheh XD

p/s2 : lega everything back to normal selesai satu perkare di sane :)

p/s3 : insyaAllah rajen lagi sy tulis la lg blog ni hehe :P salam semua :))

Friday, September 18, 2009

salam aidilfitri

Assalamualaikum...
ramadhan sudah menghampiri ke penghujungnya dan tak lama lagi syawal bakal menjelma pula..
bersempena dengan syawal yg mulia ini maka ina menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca jika ada terkasar bahasa dan perbuatan
semoga syawal kali ini membawa rahmat, kebahagiaan dan keceriaan kepada semua insyaAllah..
kali ni ina beraye di perantauan lagi la nampak gayanye~ huhu takpe2 pengalaman...


Friday, September 4, 2009

minggu yang sungguh hectic!

salam

ina baru pulang ke india, tanah tumpah tempat belajar ina lagi 4 tahun akan datang. Alhamdulillah lulus sudah peperiksaan tahun pertama ina dan ini melayakkan ina untuk memasuki tahun kedua pengajian pergigian. ina dan 4 lagi kawan ina pulang ke india pada 29.08 yang lalu. perjalanan kami alhamdulillah selamat juga sampai ke bumi belgaum ini.

sebenarnya jadual kelas kami telah pun bermula 2 minggu yang lalu. tetapi kami tetap mengambil keputusan untuk memonteng kelas. almaklumlah cuti kami pendek sahaja dan tidak berbaloi lah kalau pulang ke malaysia sekejap sahaja dengan tiket yang mahal.

mencecah sahaja pesawat egypt air kami ke lapangan terbang antarabangsa mumbai berlaku sedikit penangguhan di mana pesawat tiada ruang untuk diletakkan. sungguh ina tak pernah mengalami keadaan sedemikian rupa. kemudiannya kami menaiki kereta sewa untuk pulang ke belgaum. satu lagi perjalanan yang mengambil masa 7 jam pula. sumpah ina sakit sungguh belakang. tidak tahu cara yang bagaimana lagi untuk duduk di dalam kenderaan toyota innova itu lagi.

sesampai sahaja di belgaum ina bersama rakan sebilik azie dihujani satu lagi beban. kami dikehendaki berpindah bilik pula. sudah lah penat tidak hilang lagi, disuruh pula berpindah, kami berpuasa lagi. apa hendak dikata tidak terdaya kami hendak melawan lagi. ikutkan sahaja lah arusnya. entah bila janji yang dahulu akan ditunaikan oleh pihak pengurusan. barang sudah lah banyak terasa seperti nomad di dalam hostel sendiri. terdetik juga perasaan untuk berpindah menetap di luar.

itu baru permulaan cerita. hari isnin pun bermula. jika semua pensyarah bertanya katakan sahaja kami tidak tahu. ini kelas pertama kami tuan/puan. kerja-kerja pun menimbun termasuklah denda-denda yang perlu dilangsaikan. itulah harga yang perlu dibayar di atas kenakalan diri ini.

bayangkan lah jadual kami yang sungguh lah padat. setiap hari pastilah ada praktikal. bukan sahaja praktikal untuk pergigian tetapi juga praktikal perubatan. (maaf andai ayat ini agak pelik pada pembacaan anda semua). kelas bermula tepat jam 9 pagi dan berhenti sebentar jam 12. kemudian bermula semula kelas jam 1 petang dan berakhir jam 4. sungguh memenatkan kerana rehat nya cuma 1 jam. apakan daya saya cuma pelajar bukan pengatur jadual kelas.

waktu yang berlalu tidak begitu disedari kerana kesibukan menyelesaikan pekerjaan yang tertangguh. dan hari ini makanya jumaat sudah. hampir seminggu ina pulang. dan minggu ini adalah minggu suai kenal diri sendiri untuk tahun kedua ini. sungguh ku harap tiada lah kelas esok hari hendaknya lebih-lebih lagi dengan sambutan hari guru esok. dapat lah ina berehat juga.

makanya minggu hadapan ina perlulah lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh. kerana segala perjalanan kelas dan letak aturnya sudah diketahui. pengurusan masa amatlah penting demi memenuhi segala kehendak pembelajaran. insyaAllah akan diusahakan di situ. semoga tahun kedua ini perjalanan nya lebih baik dan lebih cemerlang amin..

p/s 1: gembira kerana rakan yang disangka menyepi tidak mahu dihubungi muncul kembali.
p/s 2: beraya di mangalorekah tahun ini? insyaAllah jika tiada aral melintang. menukar angin pula tahun ini.

Wednesday, July 22, 2009

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semua dah selesai. peperiksaan terakhir ina pun dah selesai hari ni. dan soalan terakhir viva ina berbunyi begini 'tell me in malaysian language what does it mean with I WILL STUDY BETTER AFTER THIS?

bunyinye mmg agak dahsyat. memang memerli pun. erm bukanlah ina tak boleh jawap lgsg soalan die. cume tersangkut2 sket. sebab tu lah examiner tu cakap macam tu. tersenyum2 org kat sekeliling terutama lecturer yg ajar ina tu. sebab yg menyoal tu external examiner.

ina berdoa semoga ina lulus semuanye dan boleh masuk 2nd year dgn jayanye. insyaAllah..

hmm ape pun ina dah selesai semue paper. sekarang mase untuk berehat. ina nak gunekan mase cuti ni dgn berehat bersungguh2. hehe ina akan pulang minggu depan bertarikh 28 julai. wah tak sabar untuk berade di rumah sendiri. rindu dgn malaysia. nak makan makanan malaysia. nak shopping. nak drive. ape lagi?? hmm nak jumpe kawan2 lame.

hmm esok still tak bole nak jalan2 sgt lg sebab kawan2 ina kebanyakannye still ade paper lg esok.cume ina seorg dah selesai. tapi tak pe bnyk perancangan ni..

okla cukup takat ni dulu bercerita. tadi ina baru jer dinner makan macaroni. pertama kali mencuba masak sendiri. umph.. sedap juga. pandai juga sy masak yer. hehe balik mesia bole la masak kat umah... =P

Friday, July 17, 2009

Hadiah Dari Hati =))

Assalamualaikum....

hadiah dari hati buat diri yg ku sayangi....

meniti usia 21 tahun....
hanya sekali seumur hidup
maka harus melaluinya dengan sebaik-baiknya dan penuh dengan kejayaan

meniti usia 21 tahun....
melihat masa hadapan dengan 1001 harapan dan impian yang gemilang
menghadapi cabaran dan liku-liku hidup yang penuh dengan warna warni dengan tabah

meniti usia 21 tahun....
menjadikan diri seorang wanita yang matang, bertanggungjawab dan berpandangan jauh
menjadi wanita yang kuat semangat dan tidak mudah putus asa

meniti usia 21 tahun....
menambahkan ilmu di dada tidak kira duniawi mahupun ukhrawi
menjaga diri dengan sebaik-baiknya, moga-moga sentiasa ditetapkan dalam iman

meniti usia 21 tahun....
berbakti kepada keluarga, mengasihi dan menyayangi
menjadi nur yang menerangi sekeliling









Wednesday, July 15, 2009

happy birthday abah!!!

salam....

15 julai adalah hari ulang tahun abah kesayangan ina. hehe saje je ina nak tulis kat dalam blog ina ni. terima kasih kerana telah membesarkan ina menjadi seseorang. segala kasih dan sayang serta pengorbanan abah tak kan dapat ina nak balas.

abah saya seorang yg tidak banyak cakap sangat. tapi apabila berkata2 penuh dgn nasihat. abah tak perlu cakap banyak kalau nak tegur ina buat salah pun. cukup dgn tegur secare lembut. hehe =)

apepun ina sayang kan abah n ina selalu doakan supaye abah n mama bahagia selalu...



Friday, July 3, 2009

bulan 7 dah tiba!!!!!

salam....

bulan 7 dah tiba, bermakna final juga semakin menghampiri. wah takutnya!!!! macam mane ni?? teruskan usaha membaca dan studi!!! amalina u can do it!!!!

Saturday, June 27, 2009

GEMBIRA!!!!!

salam

ina gembira erm bile yer???
mase tu ina nak study tibe2 abah call katenye mama rindu ngan ina. ina happy sgt sebab biasenye abah n mama tak kan call. ina yg call. so ina happy sgt. itu tandanye mama n abah ingat dekat ina. penyemangat!!! yer amalina teruskan usaha! yakin boleh! demi final yg tak lame dah! abis exam kite boleh balik malaysia!!! tanah air tercinta!

Friday, June 19, 2009

someone's watching over me

ina tak marah. ina tak berdendam.
dah tertulis. cume ina terkilan.
ina kene bersemangat!
ina tak keseorangan.
ina punye kawan2 yg penyayang.
punye sesuatu yg perlu dikejar.
menyayangi tidak semestinye untuk disayangi
dan memaafkan itu lebih baik kan... =)
p/s 1 : i take someone as my parent.
p/s 2 : i have my diarrhea back. sakit perut n pening.



someones watching over me - Hilary Duff -

Sunday, April 19, 2009

Kegilaan apakah ini????

Salam....

ina diganggu. diganggu oleh Org Gle! owh MY GOD what should i do? what should i do??? sungguh mmg gile. nah bace ni

Please receive the phone. How r u darling? Accept my love.
I love u. Myself Raju.
sungguh nak pecah perut ina bace ni. guling2 tapi takut juga. apekah??? siape die suke suki nak cakap i love u tak pasal2 ni??? kenal pun tidak. haish bahaye~ takut2
alkisah bermulenye diganggu ni sebelum exam lg rasenye. mase tu Org Gle ni asyik call jer. ingatkan iklan2 so tak penah angkat pun. but ade sekali tu angkat juga. ade k patut org ini tny siape sy. hey u the one who call me so ur suppose to know me!!!
ina cakap die wrong number. but then still call n ina pun menamekan die Org Gle. puas ati mmg gile pun die ni. then dah lame2 tak layan pun still die call last2 die anta msg berbunyi 'hi pooza how r u?' dah sah mmg salah org. tak paham bahasa la die ni tension sy di buatnye. bile still tak layan die pun still call lg. last2 azie n fazi suro angkat jer. cakap kat die sy bukan pooza so plz don't call me anymore.
ok siap warning die lg. kalau call lg ina nak report polis. mule2 nampak macam die dah terima yg die salah org tapi lepas tu menjadi balik. lg tak betul adela. he can call me in one day more than 10 times. haish ini sudah kes parah. abis bateri sy camni.
sy sudah pegi vodafone nak block number ni. tapi tak bole sebab die bukan no. vodafone. so how la?lagipun die yg ade no ina so kalau ina block no die pun die still bole cntc ina gune no lain. erm the best option now is wait n if it's getting worse may be i can report to police. atau pun susah2 sgt tukar je la no~ (mahal tu sim card india ni taw!)
ina tak suke ina tak suke ina tak suke. ini pekerjaan org gile tak faham bahase dan mmg tak nak faham.. i pray he'll stop disturbing me. tlg doakan juga yer.. mekacih :D

Tuesday, April 14, 2009

nur....

salam....

ina suke dgn name nur. nur bereti cahaya. dan name ina sendiri mengandungi nur. ina berharap ina membawa cahaya terutame dekat org disekeliling ina. org2 yg ina kenal, org2 yg ina sayang..
adekale nye org2 tempatan kat india ni bile naik auto k, atau pun org2 kedai yg jual barang tny name ina. ina takkan berani nak cakap name ina AMALINA so ina akan cakap name ina NUR. well ina tak tipu itu memang name ina. name ina kan NUR AMALINA hehe

erm lagi2 kalau dalam kelas plak lecturer or pg2 takkan panggil name ina AMALINA. sume pun panggil ina NUR juga. so bile lecturer pggl nur ina akan menoleh so di situ berlaku kekonfiusan sedikit, almaklumlah rumate sy pun nur juga tapi NUR AZIEMAH. hehe. tapi biasenye classmate akan pggl amalina la cume lecturer jer erm ntah la...

rase cam best juga dipanggil nur sebab kat m'sia org tak panggil nur org akan panggil ina amalina.dan kadang2 disingkatkan jadi AMAL la ade kalenye ade yg pggl MALIN (dah macam malin kundang la plak huhu) ade juga kalo nak simple lg pggl ina MINAH jer kureng betul~ ape pun ina suke dgn name nur itu....suke sangat.....owh ye tapi tak ade org lwar yg panggil ina dengan name ina. entah kenape ina tak penah kenalkan diri ina dan suro org pggl ina dgn name INA. ina rase itu speciallize tuk famili je kot. ina bangga dengan name NUR.

terima kasih mama abah bg name ina NUR AMALINA. seingat ina abah pernah cakap sebab ina anak sulung so name ina di pilih oleh mama. ina bangga menjadi NUR AMALINA BINTI ZAIMI. setahu ina amalina bermakne harapan kami. insyaAllah ina akan menjadi cahaya harapan mama n abah :))

p/s: sy baru balik dr goa semalam. masih penat dan sakit tengkuk, ganas betul naik bumper tu. nanti ina upload gamba2 ek.

p/s: oh yer result exam dah kwar syukur alhamdulillah ina lulus tapi dadh tak kwar lg result die tggu je la...