Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

kerana

AMARAN! pos kali ini di tulis bukan untuk membangga diri tetapi apa yang lahir dari hati ini.


Sejak kecil saya memang dapat merasakan yang saya agak bijak (ngeh2 macam perasan pula di sini, tapikan tadi dah bagi amaran) Saya memang mudah ingat apa yang saya baca dan dengar. Apa yang cikgu ajar di sekolah. Pada saya semua itu mudah. Kadang-kadang apabila saya lihat kawan-kawan yang kurang bijak sedikit saya rasa ape lah mereka ni. Takkan lah perkara belajar macam ni pun tak boleh nak buat. Hehe kejam kan di situ.

Setiap tahun asyik turun naik pentas ambil hadiah untuk peperiksaan akhir tahun. Saya memang agak cemerlang sepanjang zaman persekolahan. Bukan saja di sekolah kebangsaan tapi sekolah agama juga. Berjaya meraih 5A semasa UPSR. Bangganya bukan main lagi. Saya rasa macam dapat buktikan dekat seluruh dunia semasa tu yang saya ni hebat. Ada juga memohon nak masuk ke sekolah berasrama penuh tapi tak dapat panggilan.

Penyudah nye saya masuk la Sekolah Menengah Agama Rawang. uwaaaaa saya memang homesick sangat. Tak sanggup nak duduk dekat asrama macam kene seksa. Pada akhirnya saya keluar dan masuk lah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang. Saya teruskan pembelajaran saya dan pada usia 16 tahun (tingkatan 4) saya pun mengorak langkah ke Sekolah Menengah Sains Muar. 

Ok tak mahu bercerita panjang. Saya lulus cemerlang juga dalam peperiksaan SPM. Saya mohon biasiswa untuk ke luar negara dan ditawarkan kursus persediaan A Level di sebuah kolej swasta di Sepang. 

Point nya di sini. Pada suatu petang yang hening. Erm sebenarnya saya pun ingat-ingat lupa sudah. Semasa itu ayah saya menjemput saya pulang. Saya tak pasti pulang dari kolej atau sekolah. Saya bercerita pada ayah saya tentang kehidupan saya. Entah macam mana ayah saya memberitahu saya sesuatu yang amat bernilai yang membuat kan saya sedar.

Kata ayah saya dalam Islam di sisi Allah SWT, Allah memandang tinggi orang yang berilmu. Orang yang bijak pandai. Tetapi dalam kalangan yang bijak pandai ni, Allah akan memandang lebih tinggi orang yang bertaqwa. Jadi itu lah sebijak mana kita pun kalau tidak bertaqwa tak guna juga.

Hmmm pada masa tu saya sedar yang mungkin sebenarnya selama ni saya kejar semua kejayaan saya tu mungkin tak bersandar pada Allah. Tujuan saya bukan pada Allah. Saya mahu buktikan pada saudara mara saya, adik beradik saya, jiran tetangga saya yang saya boleh berjaya. Saya nak buat mak ayah saya bangga. Saya betulkan niat saya sejak itu.

Sebelum saya datang ke India juga, ayah saya berpesan supaya berniat belajar itu kerana Allah juga. Dapat pahala yang banyak. Bermusafir kerana Allah. Semua yang kita buat kerana Allah. Acap kali juga sebelum datang semula ke India itulah yang dipesan.

Teringat minggu lepas usrah saya. Kami bertadabbur surah An-Nisa ayat 95-104. Saya tertarik dengan ayat 104 tu. Maksud ayat itu adalah begini.

 "Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Terkesan saya dengan ayat ini. (oooh saya bukan lah ustazah untuk bercakap perihal agama ya). Jadi saya cuba jelaskan pendapat saya. Saya mengambil contoh pembelajaran. Iyalah saya kan sudah menjadi intern sekarang. Jadi tak perlu lah buka buku lagi. Kalau kita belajar itu kerana Allah. Ikhlas kerana Allah kalau sesusah macam mana pun kita akan cuba juga. Dan selepas itu bertawakal. In shaa Allah akan berjaya. Kerana kita yakin bahawa setiap usaha kita itu dinilai oleh Allah dan akan dikira pahalanya. 

Berbanding dengan rakan-rakan yang non-muslim. Apakah tujuan mereka belajar? lulus cemerlang? sekadar untuk memuaskan hati sendiri? boleh berbangga mengatakan ya akulah doktor yang paling bijak sekali? setelah tercapai segala hasrat di hati adakah hati akan bahagia? itu semua adalah keduniaan semata. Kalau kumpul duit sebanyak mana pun tidak lah dapat dibawa masuk ke kubur bersama-sama.

Seorang rakan saya (seorang non-muslim indian) yang bersama-sama posting dengan saya sering tidak mahu membuat kerja. Padanya sekadar membuang masa dan dia juga tidaklah berminat sangat untuk membuat scaling (mencuci gigi). Entah kenapa saya pula berbeza, walhal bukanlah seronok sangat pun. Iyalah sekadar menyental pelbagai jenis ragam gigi manusia. Tetapi dengan kekuatan hati yang kalau sudah diikhlaskan kerana Allah in shaa Allah saya selesaikan kesemua tugasan saya dengan sebaik mungkin. 

Alhamdulillah semua itu memberi kekuatan. Setiap pagi selepas mengunci pintu bilik saya, saya melangkah ke kolej saya. Di dalam hati saya melafazkan "Allahumma Rabbi Zidni 'Ilman Naafi'a". Entahlah tidak diingat dari mana saya menghafalnya tapi itulah doa yang sering saya bacakan setiap kali melangkah ke kolej di pagi hari. Semoga ada barakahnya, in shaa Allah.

p/s: saya bukanlah seorang ustazah mahupun ingin menjadi ustazah. sekadar berkongsi apa yang terbuku di hati. mungkin amalina saga boleh bersambung lagi selepas ini. sekian.

Sunday, October 2, 2011

Eid Mubarak in Malaysia

Assalamualaikum and greetings to all :)

It's been a long time since my last post. This year i was lucky to get a chance to celebrate Eid with my family in Malaysia. After 3 years of celebrating with my fellow friends in a small town known as Belgaum in India.

As the times goes by i realize that so much changes occur within my big family. My sisters and my brothers have grown up. Changes in the size and also the way their thinking! Quite a miss as i loss so much time to spent with my family as i spent a lot of my time in India to study. It's not that i felt regret or what so ever just a little bit sad feeling.

I'm now in my fourth year course BDS also known as final year student. By next year after completing the final examination i will enter a year what we call as internship. Do pray for my success. :)

So the aim of this year is to pass my final exams with flying colours and to find someone who can be my partner??? hehe :P (erm such a long way to go~)

Ok take a look at my family pictures. We used to take pictures on eid at studio. This is the latest one. Am i look feminine??? hehe





Till then.... have a nice day :)

Thursday, February 4, 2010

Metastasis yang menular..

episod 1. 30.01.10

okeyh sekarang ina nak bercerita kejadian yg menimpa ina pada hari sabtu ni. ina pergi ke klas praktikal macam biase. praktikal dental material (dm). punye la susah payah buat kerja. kena la pulak curi hasil karya saye. border moulding. maaflah kalau tak paham. buat2 paham la yer. jadi ina pun pggl la roll no 6. ina roll no 5. tny die k yg amik. mane tak nye die jenis nakal sket. hehe tak baik tuduh org tapi ina syak die la. beriya la die menafikan. ha lantak ko! terus pegi jumpe sir ngadu la ape lg. kebetulan santosh sir tu baik. huhu. ape lg. sir tu pun cakap ' ade,u did a great job yar'. 'do one thing, you check every your batchmate locker'. amboi2 ingat mudah k nak cek? dah la bape ramai kot.

huh saje jer nak buat gempak. biar sume tahu barang sy hilang. geram. metastasis yg menular ni harus dicegah! (ambik, blaja neoplasia punye pasal). mereka ni (tempe2) kene di ajar sket. nak cari pasal ngan org lain takpe. but please la jgn dgn sy. geram2. sy takkan berdiam diri ok. then budak roll no 6 tu (name die ambar). cuak yg amat la. sebab nye die takut la sume org pun tuduh die. mengekor ina balik (dekat dental kolej jer takde la sampai ke hostel). beriya cakap bukan die yg amik. ina cakap la ina tak tuduh die tapi ina tahu mesti ade seseorang yg amik. hai entah la...

tahu cast sy takkan dapat balik. tahu. kalau dah hilang mmg tak dapat nak jumpe dah. hopeless. tapi nak gertak jer dorg sume ni. bagi takut sket. suke sgt amik brg org. potong tgn baru taw.

episod 2. 02.02.10

dental kolej ade exhibition. sepanjang mggu ni. dari 1 sampai la 7 hb 2 ni taw. free jer. sape2 nak dtg, dtg la... (promote2). then tetibe tanpa pemberitahuan awal kene jadi volunteer(volunteer la sgt). tugas nye mudah jer, bawa budak2 sekolah rendah tour. erm tak perlu bagi penerangan pun. just pastikan mereka tak hilang. n tgk betul2. dan satu lg kene barlaku adil. hehe. biasela budak2 suke gaduh. yg kecik tak nampak. yg tggi besar pentingkan diri taknak bg yg kecik duk depan. hai pening la kepala melayan kerenah.

sume duk terpanggil2 didi2 (didi tu maknenye kakak dalam bahase hindi). pastu ade sorg budak tu siap pegang tgn ina lg. haha layan je la kan. ceh2 perasan plak kejap. bile ina cakap dr mesia sume berbisik2. bile sampai kat bahagian orthodontic. (ini bahagian yg ina suke). mestila PG2 duk promote pakai braces kan. siap ade mam tu cakap ' u know miss india rite. see she is miss malaysia'. wahaha bukan main suke ina. mmg sungguh terperasan kejap la. sebenarnye ina jadi contoh kot. dah pakai braces kan~ (mam tu promote jer sbnrnye...hehehe)

pas dah abis sume tour tu. kene la hantar dorg naik bas. tak ngedan2 budak2 ni. nasib baik la takde kereta k motor k yg lalu lalang time tu. pakai lari jer dah tak pandang kiri kanan dah budak2 ni. cube kalau jadi pape. mau kami di persalahkan. haish2. saba je la. sume pun duk bye didi~ yer2 babai~ XD

haha tu lah alkisahnye dah lame tak menulis kan. sebenarnye tajuk post ni kene dgn episod 1 jer

episod 3. 03.02.10

hari ni beday syahirah. adik ku yg nakal dan bnyk cakap dan semakin membulat. bile call umah jer mesti cakap 'hadiah, bufday!' ha atid la bnyk kali. takde duit ni ha. bile nak masuk duit jpa ni?? huhu. untuk kali yg ketiga ina tour exhibition lg. kali ni sendiri2 la kan.

ambar tu ade juga. tetibe tny have u found ur border moulding? no jawapan ina. then die cakap nak tlg cari. ha tgk la dapat k tak cari balik. pasrah dah...

bergambar2 juga la kat pameran ni. takut2 juga mane taw sir marah k duk bergamba. ala sket jer, bile org tak nampak. hehe

ok la sampai kat sini je la tulisan ina ni. dah malam nak tido. esok ada kelas nak kene pegi. pharmac ade tutorial. k salam sayang semua... (lots of love~)

Friday, October 30, 2009

Menulis...berita terbaru?

Assalamualaikum...

sudah lama blog ina ni tak diupdatekan. jadi kali ni ina nak bercerita pasal pemergian ina ke manipal pada 16-20.10 dan majlis makan malam (malaysian night) pada 24.10 yg lalu.

kedatangan ina ke manipal kali ni bukan lah kali pertama, tapi merupakan kali kedua. jadi ina tahu juga la selok belok manipal ni juga. kami dtg ke manipal seramai 8 org. 3 org perempuan dan 5 org junior lelaki. tujuan kami adalah untuk menyertai JASSI (jalinan sahabat seluruh india).

program ini adalah satu program islamik untuk bakal doktor2 (dentist pun bole kire juga la). antara slot yg dimasukkan adalah rukhsah untuk doktor dan pesakit yg ina kire amat berguna bukan saje kepada pekerja perubatan tapi juga kepada orang awam juga. selain itu ade juga slot seperti medicine coffee house yg membincang kan kenape kami join bidang perubatan, target dan matlamat kami. kami juga ade slot memotivasikan diri dan juga pesakit. (apakah ayat ini?)

program yg memakan masa 2 hari setengah ni bole la ina kirekan ok dan bermanfaat juga. banyak juga ina berkenalan dgn kawan2 baru. (mengimprovekan network nampak hehe XD). manipal ini letaknye sebelum sampai ke mangalore tempat ina beraye dulu. so perjalanan kurg 2 jam saje la. tapi still semalaman juga.

ok cukup.

kite bercerita plak pasal malaysian night yg bertema kan manhattan by moonlight. bole tahan juga semua org bergaye siap tempah baju lg. almaklumla kat india ni upah menjahit murah. cume pandai2 la cari material dan design sendiri. rupe2 nye ramai juga malaysian kat uni ina ni. lebih2 lg indian private. yg ina tak penah nampak dan kenal pun ramai juga.

ade la juga beberapa persembahan. yg paling ina suke tonton ade la sketch yg dilakonkan oleh senior2 ina. (antara pelakon utamanye kak mas hehe dan tukang bace cerita nye kak shikin). sumpah kelakar dan nak pecah perut juga la gelak2 hehe
yg ina tak sukenye plak disebab kan majlis ini diadakan di rooftop hotel, makanya mereka2 yg mempunyai pendirian bebas apabila malam makin larut makanye merokok la dibelakang. dan disebabkan majlis diadakan di hotel maka adalah minuman alkohol disediakan oleh pihak hotel dan di minum oleh mereka2. oooo (terasa shubahah la plak astaghfirullah amalina, tak taw nak cakap pe sebenarnye..... :( )

erm ape pun sume tu dah berlalu amik yg baik dan buang yg buruk la... ok la biarlah gamba yg berkate2 yer ina malas nak cakap bnyk sebenarnye..








































p/s1 : kepada cik liyana subri aku tak taw la nak match kan tudung siti tu ngan baju mane, lagi satu kang pakai kang jadi siti nur amalina plak kang hehe tgk la camne kalo dah jumpe care aku pakai la heheh XD

p/s2 : lega everything back to normal selesai satu perkare di sane :)

p/s3 : insyaAllah rajen lagi sy tulis la lg blog ni hehe :P salam semua :))

Friday, June 19, 2009

someone's watching over me

ina tak marah. ina tak berdendam.
dah tertulis. cume ina terkilan.
ina kene bersemangat!
ina tak keseorangan.
ina punye kawan2 yg penyayang.
punye sesuatu yg perlu dikejar.
menyayangi tidak semestinye untuk disayangi
dan memaafkan itu lebih baik kan... =)
p/s 1 : i take someone as my parent.
p/s 2 : i have my diarrhea back. sakit perut n pening.



someones watching over me - Hilary Duff -

Friday, April 24, 2009

Go for GOA!

Assalamualaikum...

Kali ni ina nak bercerita pasal trip ina k goa, tempat percutian yg paling dekat dgn belgaum ni. erm ina pergi pade 11.04 dan pulang pade 13.04. pade ina percutian ini tidak lah selicin mane perjalanannye tapi bole la~.

Goa adelah sebuah kawasan peranginan di tepi pantai dan adelah sebuah wilayah autonomi (sebab tu la walau dalam india juga tapi tetap dikire roaming). almaklum la kalau dah namenye tepi pantai taw2 la macam mane org2nye. lagi pun kawasan ni majoriti beragama kristian. nak makan pun kene pilih2 sket.

lagi satu time kami pergi tu time easter mmg sambutan org kristian so mmg penuh la dgn foreigner dan penuh juga la hotel2 susah juga nak dapat bilik. itu lah siape suro tak booking awal2 =P
erm ape pun kalau nak main air kat sini kat laut arab mmg murah kalau nak dibanding kan dgn kat m'sia (rase murah sebab duit rupee bukan duit kite heheh)
dalam perjalanan ke Goa
kami bertolak dalam pukul 430 ptg dan tibe dalm pukul 830 mlm. kemudian nak cari hotel agak sukar sebab kebanyakannye dah penuh. akhirnye kami ambil bilik dgn bayaran yg agak mahal. tapi tak pela. pade waktu ini goa sangat panas 32 degree. tapi mmg seriously panas. bile keluar jer dari bilik pasti berpeluh.
esoknye kami pergi main air pencil boat (k banana boat??), bumper n sudah tentu lah shopping spree!!!
di tepi pantai baga beach tak suke tgk muke sendiri pucat semacam huhu~
oh yer sebenarnye goa terbahagi kepade utara dan selatan, pantai yg kami pegi ni ina tak sure utara atau selatan mungkin kat tgh2 kot~. yg kami pegi ni baga beach dan sebelah baga beah terletaknye calangute beach. due pantai ini la yg dikate kan best tuk bermain air.
jom menelusuri pantai...

selepas bermain ombak sekejap di laut arab

hai sylvina ni suke benor peluk sy ek..

jom menuju k pencil boat kite

bahiya ikat elok2 yer jgn bagi sy tenggelam dalam laut

plak (dah lah sy tak pandai berenang)

see d pencil boat (i've told u already)

ina tak pernah naik boat ni. cuak juga la dgr cerite azie macam mane care main die. so untuk mengelakkan daripade dilempar ke dalam air ina terjun dulu dalam air sebelum org yg bawa tu jatuhkan kami huhu. pandai2 la timing kan.. telan juga la air laut tu sket. hmm pastu naik plak bumper partner dgn fezi. wah sakit tengkuk sy naik mende ni nak buka mate pun tak bole sebab air laut duk menerjah2 k muke. nasib baik tak dicampak k dalam air.

taubat la tak nak naik dah bumper ni. cukup la sekali seumur hidup sy. tapi satu perkare la ina nak naik parachute. but then takde partner. yg chinese mmg tak nak main air sebab mereka percaye bulan ni mengikut kelendar lunar bulan hantu keluar. entah la ina tak faham sgt. so ina tak naik la. tak pe la mungkin lain kali insyaAllah bile ade rezki. mane taw dapat naik dgn org tersayang k... heheh

sempat lagi melambai sebelum dibawa k tengah laut

shopping time!!!

di lobi hotel linda goa before nak pegi dinner

dinner di tepi pantai

calangute beach

minum2 dulu hilangkan dahaga dekat shack

time for lunch! mai lunch makan seafood

muke tak sabar nak makan (apela nak jadi ngan anak dare ni~)

aguada fortress. panasnye la

berlatar belakangkan kuala

bakal model2 mase hadapan??

selepas makan tgh hari pade hari terakhir nak pulang kami singgah sebentar di aguada fortress, sebuah kubu peninggalan portugis. pemandangan dari kubu ni sangat lah cantik =)

kami bertolak pulang dan pemandu menghentikan kami di satu tempat di atas bukit bukau. sebenarnye kami pun tak tahu tempat ape tu tapi cantik pemandangan die berangin dan sejuk lg. jalan untuk k goa ni melalui kawasan tepi bukit umpama jalan untuk pergi k cameron highland bengkang bengkok seperti ular kene palu. mujur la perjalanan hanya mengambil mase 3-4 jam so i still can bear it. cume macam biase la kalau perjalanan sebegini ina takkan boleh tidur punye la.

setibenye kami di hostel dalam 830 malam. penat mmg penat. name pun berjalan. seperti biase kalau dah main air kulit pun hitam sket la. dan yg pasti pimple pun naik! erm sy membuat hipotesis ini mesti disebabkan makan bnyk seafood. betul k? entah la. akhirnye setelah hampir setahun bertapak di bumi india ni baru la kami keluar dari belgaum ni melihat dunia luar.

ok pen off now. cukup sampai di sini dulu tinta penulisan ina.

tak lame dah nak preliminary exam cuaknye. bace buku malas. (rajen2 AMALINA!!!) doakan sy lulus first year BDS ye semua mekacih :)