Showing posts with label hostel n campus. Show all posts
Showing posts with label hostel n campus. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

Metastasis yang menular..

episod 1. 30.01.10

okeyh sekarang ina nak bercerita kejadian yg menimpa ina pada hari sabtu ni. ina pergi ke klas praktikal macam biase. praktikal dental material (dm). punye la susah payah buat kerja. kena la pulak curi hasil karya saye. border moulding. maaflah kalau tak paham. buat2 paham la yer. jadi ina pun pggl la roll no 6. ina roll no 5. tny die k yg amik. mane tak nye die jenis nakal sket. hehe tak baik tuduh org tapi ina syak die la. beriya la die menafikan. ha lantak ko! terus pegi jumpe sir ngadu la ape lg. kebetulan santosh sir tu baik. huhu. ape lg. sir tu pun cakap ' ade,u did a great job yar'. 'do one thing, you check every your batchmate locker'. amboi2 ingat mudah k nak cek? dah la bape ramai kot.

huh saje jer nak buat gempak. biar sume tahu barang sy hilang. geram. metastasis yg menular ni harus dicegah! (ambik, blaja neoplasia punye pasal). mereka ni (tempe2) kene di ajar sket. nak cari pasal ngan org lain takpe. but please la jgn dgn sy. geram2. sy takkan berdiam diri ok. then budak roll no 6 tu (name die ambar). cuak yg amat la. sebab nye die takut la sume org pun tuduh die. mengekor ina balik (dekat dental kolej jer takde la sampai ke hostel). beriya cakap bukan die yg amik. ina cakap la ina tak tuduh die tapi ina tahu mesti ade seseorang yg amik. hai entah la...

tahu cast sy takkan dapat balik. tahu. kalau dah hilang mmg tak dapat nak jumpe dah. hopeless. tapi nak gertak jer dorg sume ni. bagi takut sket. suke sgt amik brg org. potong tgn baru taw.

episod 2. 02.02.10

dental kolej ade exhibition. sepanjang mggu ni. dari 1 sampai la 7 hb 2 ni taw. free jer. sape2 nak dtg, dtg la... (promote2). then tetibe tanpa pemberitahuan awal kene jadi volunteer(volunteer la sgt). tugas nye mudah jer, bawa budak2 sekolah rendah tour. erm tak perlu bagi penerangan pun. just pastikan mereka tak hilang. n tgk betul2. dan satu lg kene barlaku adil. hehe. biasela budak2 suke gaduh. yg kecik tak nampak. yg tggi besar pentingkan diri taknak bg yg kecik duk depan. hai pening la kepala melayan kerenah.

sume duk terpanggil2 didi2 (didi tu maknenye kakak dalam bahase hindi). pastu ade sorg budak tu siap pegang tgn ina lg. haha layan je la kan. ceh2 perasan plak kejap. bile ina cakap dr mesia sume berbisik2. bile sampai kat bahagian orthodontic. (ini bahagian yg ina suke). mestila PG2 duk promote pakai braces kan. siap ade mam tu cakap ' u know miss india rite. see she is miss malaysia'. wahaha bukan main suke ina. mmg sungguh terperasan kejap la. sebenarnye ina jadi contoh kot. dah pakai braces kan~ (mam tu promote jer sbnrnye...hehehe)

pas dah abis sume tour tu. kene la hantar dorg naik bas. tak ngedan2 budak2 ni. nasib baik la takde kereta k motor k yg lalu lalang time tu. pakai lari jer dah tak pandang kiri kanan dah budak2 ni. cube kalau jadi pape. mau kami di persalahkan. haish2. saba je la. sume pun duk bye didi~ yer2 babai~ XD

haha tu lah alkisahnye dah lame tak menulis kan. sebenarnye tajuk post ni kene dgn episod 1 jer

episod 3. 03.02.10

hari ni beday syahirah. adik ku yg nakal dan bnyk cakap dan semakin membulat. bile call umah jer mesti cakap 'hadiah, bufday!' ha atid la bnyk kali. takde duit ni ha. bile nak masuk duit jpa ni?? huhu. untuk kali yg ketiga ina tour exhibition lg. kali ni sendiri2 la kan.

ambar tu ade juga. tetibe tny have u found ur border moulding? no jawapan ina. then die cakap nak tlg cari. ha tgk la dapat k tak cari balik. pasrah dah...

bergambar2 juga la kat pameran ni. takut2 juga mane taw sir marah k duk bergamba. ala sket jer, bile org tak nampak. hehe

ok la sampai kat sini je la tulisan ina ni. dah malam nak tido. esok ada kelas nak kene pegi. pharmac ade tutorial. k salam sayang semua... (lots of love~)

Wednesday, December 16, 2009

plan cuti kali ini... hehe

Assalamualaikum.... :)

hehe lame giler ina tak menulis. sebab malas sebenarnye... alasan yg lain sy exam la baru jer abis semalam. n satu lagi takde ape2 yg nak dituliskan hehe XD. k2 cukup dgn segala alasan.

ok ina akan start cuti next week 24.12 sampai la 3.1.10. selamat tahun baru semua!!!! hmm kali ni cuti ina tak balik mesia. instead ina dan 3 orang lagi kawan nak berjalan2 kat north india. hehe syoknye nak mengabiskan duit~ (hai teruknye sy ni kan??) tapi bile lagi kalau bukan sekarang kan3?

tempat2 tujuan kami adelah: delhi, jaipur, agra, shimla dan manali. wah nak main salji kat manali!!!! sekarang musim sejuk so ade peluang la kan insyaAllah... even kat delhi pun sekarang suhu kadang2 boleh mencecah 17 degree! kene bawa baju sejuk nih! ape pun terasa cuak juga la sebab nye kami ni berjalan takde org laki pun sume nye perempuan. but then kami ade amik tourist guide la hopefully semuanye berjalan lancar... (any advice org2 yg berpangalaman? bole la share dgn ina :))

erm cukup la cite pasal tu. kali ni exam ina macam tak berape bagus sgt ade ups n down... hmm 1st internal kan... takpe2 gambate kudesai tuk exam seterusnye! hehe

yer satu lagi ina tak ingat exact date nye tapi 2-3 mggu yg lepas ade pelawat dari USM Kubang Kerian Kelantan datang n dorg nak wat program offshore ngan KLE ni. syoknye coz dorg dah confirm starting dr tahun depan nak hantar 100 students blaja kat u ina ni. so kirenye bertambah ramai la rakyat mesia kat belgaum ni. syoknye3~! lame2 bole jadi cam manipal la belgaum ni. cepat2 wat saranan tuk adekan fudcourt mesian jugak yeah! cume mereka hanya meminjam facilities n dapatkan ilmu dr lecturer la tapi still sijil yg akan dikwarkan nanti MD USM bukannye MBBS cam yg kat india ni. hai tak kisah la sijil i BDS KLE punye.. hehe

tu la antare nye ape2 berita terbaru sy setakat ni. ok insyaAllah bile dah balik dr berjalan nanti ina uplod gamba bnyk2 yer... till then see ya! :P

p/s : doakan kitorg selamat berjalan taw thanx :)

Friday, September 4, 2009

minggu yang sungguh hectic!

salam

ina baru pulang ke india, tanah tumpah tempat belajar ina lagi 4 tahun akan datang. Alhamdulillah lulus sudah peperiksaan tahun pertama ina dan ini melayakkan ina untuk memasuki tahun kedua pengajian pergigian. ina dan 4 lagi kawan ina pulang ke india pada 29.08 yang lalu. perjalanan kami alhamdulillah selamat juga sampai ke bumi belgaum ini.

sebenarnya jadual kelas kami telah pun bermula 2 minggu yang lalu. tetapi kami tetap mengambil keputusan untuk memonteng kelas. almaklumlah cuti kami pendek sahaja dan tidak berbaloi lah kalau pulang ke malaysia sekejap sahaja dengan tiket yang mahal.

mencecah sahaja pesawat egypt air kami ke lapangan terbang antarabangsa mumbai berlaku sedikit penangguhan di mana pesawat tiada ruang untuk diletakkan. sungguh ina tak pernah mengalami keadaan sedemikian rupa. kemudiannya kami menaiki kereta sewa untuk pulang ke belgaum. satu lagi perjalanan yang mengambil masa 7 jam pula. sumpah ina sakit sungguh belakang. tidak tahu cara yang bagaimana lagi untuk duduk di dalam kenderaan toyota innova itu lagi.

sesampai sahaja di belgaum ina bersama rakan sebilik azie dihujani satu lagi beban. kami dikehendaki berpindah bilik pula. sudah lah penat tidak hilang lagi, disuruh pula berpindah, kami berpuasa lagi. apa hendak dikata tidak terdaya kami hendak melawan lagi. ikutkan sahaja lah arusnya. entah bila janji yang dahulu akan ditunaikan oleh pihak pengurusan. barang sudah lah banyak terasa seperti nomad di dalam hostel sendiri. terdetik juga perasaan untuk berpindah menetap di luar.

itu baru permulaan cerita. hari isnin pun bermula. jika semua pensyarah bertanya katakan sahaja kami tidak tahu. ini kelas pertama kami tuan/puan. kerja-kerja pun menimbun termasuklah denda-denda yang perlu dilangsaikan. itulah harga yang perlu dibayar di atas kenakalan diri ini.

bayangkan lah jadual kami yang sungguh lah padat. setiap hari pastilah ada praktikal. bukan sahaja praktikal untuk pergigian tetapi juga praktikal perubatan. (maaf andai ayat ini agak pelik pada pembacaan anda semua). kelas bermula tepat jam 9 pagi dan berhenti sebentar jam 12. kemudian bermula semula kelas jam 1 petang dan berakhir jam 4. sungguh memenatkan kerana rehat nya cuma 1 jam. apakan daya saya cuma pelajar bukan pengatur jadual kelas.

waktu yang berlalu tidak begitu disedari kerana kesibukan menyelesaikan pekerjaan yang tertangguh. dan hari ini makanya jumaat sudah. hampir seminggu ina pulang. dan minggu ini adalah minggu suai kenal diri sendiri untuk tahun kedua ini. sungguh ku harap tiada lah kelas esok hari hendaknya lebih-lebih lagi dengan sambutan hari guru esok. dapat lah ina berehat juga.

makanya minggu hadapan ina perlulah lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh. kerana segala perjalanan kelas dan letak aturnya sudah diketahui. pengurusan masa amatlah penting demi memenuhi segala kehendak pembelajaran. insyaAllah akan diusahakan di situ. semoga tahun kedua ini perjalanan nya lebih baik dan lebih cemerlang amin..

p/s 1: gembira kerana rakan yang disangka menyepi tidak mahu dihubungi muncul kembali.
p/s 2: beraya di mangalorekah tahun ini? insyaAllah jika tiada aral melintang. menukar angin pula tahun ini.

Sunday, April 19, 2009

Kegilaan apakah ini????

Salam....

ina diganggu. diganggu oleh Org Gle! owh MY GOD what should i do? what should i do??? sungguh mmg gile. nah bace ni

Please receive the phone. How r u darling? Accept my love.
I love u. Myself Raju.
sungguh nak pecah perut ina bace ni. guling2 tapi takut juga. apekah??? siape die suke suki nak cakap i love u tak pasal2 ni??? kenal pun tidak. haish bahaye~ takut2
alkisah bermulenye diganggu ni sebelum exam lg rasenye. mase tu Org Gle ni asyik call jer. ingatkan iklan2 so tak penah angkat pun. but ade sekali tu angkat juga. ade k patut org ini tny siape sy. hey u the one who call me so ur suppose to know me!!!
ina cakap die wrong number. but then still call n ina pun menamekan die Org Gle. puas ati mmg gile pun die ni. then dah lame2 tak layan pun still die call last2 die anta msg berbunyi 'hi pooza how r u?' dah sah mmg salah org. tak paham bahasa la die ni tension sy di buatnye. bile still tak layan die pun still call lg. last2 azie n fazi suro angkat jer. cakap kat die sy bukan pooza so plz don't call me anymore.
ok siap warning die lg. kalau call lg ina nak report polis. mule2 nampak macam die dah terima yg die salah org tapi lepas tu menjadi balik. lg tak betul adela. he can call me in one day more than 10 times. haish ini sudah kes parah. abis bateri sy camni.
sy sudah pegi vodafone nak block number ni. tapi tak bole sebab die bukan no. vodafone. so how la?lagipun die yg ade no ina so kalau ina block no die pun die still bole cntc ina gune no lain. erm the best option now is wait n if it's getting worse may be i can report to police. atau pun susah2 sgt tukar je la no~ (mahal tu sim card india ni taw!)
ina tak suke ina tak suke ina tak suke. ini pekerjaan org gile tak faham bahase dan mmg tak nak faham.. i pray he'll stop disturbing me. tlg doakan juga yer.. mekacih :D

Tuesday, March 10, 2009

it was a saree n tie day n they wearing it...

Assalamualaikum...


this week is meant for fun week and there will be an annual day this weekend. (another reason for postponing exam. i like it). but as usual we (the NRI especially) doesn't want to join all those such things. i just don't like to involve in singing or dancing. but u know its india and all those people love to do that. all my classmates are willing to bunk the class for these things i think so.
because af the fun week so everyday is meant for something. let say like today we got saree n tie day. so almost all my classmates (especially the tempes) wearing the sarees. not to forget the boys also wearing their tie to the class. (as if they never wear the tie even once in their life). i couldn't deny that some of them really look pretty wearing the sarees with shining and glamorous material n accessory. but of course this dressing does not suit with us especially we muslim.
the bad part of the day is when they all just came to the class for the sake of the attendance. they were groaning and shouting to the lecturer just to take the attendance and leave all of us. this is what i dislike very much. it doesn't mean that when we have fun week that all the class for the whole week can be suspended just like that. even when we went for the practical they came late for the lab and got chase out (as usual in india u know). even the lecturer has to give up on them. they cannaot even withstand in the class for 10 minutes!!
so the lecturer just take the attendance and leave all of us. i'm really dissapointed with their attitute. erm then they took their pictures near the dissection hall at the parking lot (hahahah) and make a lot of noise that everyone must notice. but then we also didn't let the opportunity to just go like that. i did take few pictures of them. let's take a look at it.

they wore sarees today

they wore tie today

we always in discent form

in punjabi suit of course!!!

because they wore these dress, definitely they won't wear their apron (in malaysia we call it as labcoat). if we attend the lecture without wearing the apron i can still take it into consideration but what if for the practicals? this is so nonsense. even they have difficulties in walking. i did ask one of them how long does it take to wear saree. and guess what's the answer. it is two hours! o god i don't think so that they even take their breakfast to the class.

exam is just around the corner but still they can play around. erm may be they had prepared already, i don't know. but for me this is not the right time to play around anymore. their brain are so different with all of us the malaysian especially. we malaysians are not use to memorise all that we learned. yeah of course along all the way bit by bit we will remember all those things but not with just only one class. we used to understand and our question is based on thinking prosess not direct question that u need to remember everything. but then bit by bit i just accept the system that they are using currently.

whatever it is let them be happy and i'm happy too with myself. i think its not too late to wish all of u salam maulidurrasul. it's because belgaum always late for one day according to the qamari calendar. ok gud nite i want to sleep now. tomorrow holiday because 'holi day'.

Saturday, March 7, 2009

when we talk about sports

Assalamualaikum....

erm... there was KLE Sports Meet yesterday and today (6 & 7 march '09). This is one of the reason our exam were postponed. And guess what i joined march pass in this event. so let's my picture tell the stories...
the day before performance.. only one day for practice!!! (i like it~)

my classmates.. (all those tempe2)

before going to the stadium we took pictures first =P

during our journey...

being 'poyo2'

with sylvina

our march passed (rehearsal only)

can smile during march passed

like fazi said ' berlenggang sungguh ko time kawad!!!'

with my roomate cik azie bijak bistari

the stage

the seats for the lecturers

KLE Annual Sports Meet '08-'09 between JNMC and IDS


the event was not so merrier like during my school n college but it just to fill up the calender events i think so. students only came for the sake of attendance (doctors wanna be didn't want to play so much). but i just enjoyed the day roaming around. even the marched command is in hindi. i kind of laugh when i hear the command (it is because i don't understand).

overall the JNMC win over the IDS. but we must remember that without the runner up there's no winner... ok see u in next post!! (study mode activate!!!!)

Friday, March 6, 2009

lamenye tak menulis~

salam

to all my dear readers~ (amboi macam ramai la sgt pembacenye hehe) maaf lah lame tak menulis... malas sebenarnye. syukur exam sy ditangguhkan sehingga ke 23.3 sekurang2 nye masih ade mase untuk membace. bnyk tak bace lg sebenarnye. dan syukur juga jaduak yg hectic dah berakhir...

dengar2 nye kami still ade cuti lepas exam final nampaknye balik lagi la sy... ntah bile nak berjalan kat india ni. tak sampai2 pun taj mahal nye lg ni

ok ape2 pun nak panaskan sket la blog ni sy tukarkan layout yg baru bg nampak wajah baru sket. mesti semangat tuk exam nak score ospe sekalipun darah mengalir laju di hujung jariku~ eceh poyo sungguh... gambateh!!!! bace buku!!!! (mode untuk study activate!!!!) doakan sy semue mekacih bnyk2 :)

Tuesday, December 2, 2008

cREdiT tO ALL mY fRiEndS

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. sakit sy ni sembuh juge.. syukur... untuk kali ni ina diuji dgn sakit (sebenarnye sakit die tak lah dahsat sgt tapi ina ni mmg suke menjadikan sesuatu tu macam dahsat). if anda sume bace post yg sebelum ni, mesti taw ina kene diarrhea sebab makan kat hotel untuk dinner.

seingat ina kali terakhir yg macam teruk ina kene sakit ni mase ina kat PLKN kat kelantan dulu. ina kene demam. hmm pade ina it's not a big deal sgt (waktu tula) tapi bile call mama, mama marah2 sampai nak saman pihak kem. teringat zaman dulu2 plak yer.

ok la tak maw cite pasal dulu2 kite cerite zaman skrg yer. erm ceritenye bermule begini. dari hari jumaat mmg dah macam teruk sket. tapi macam bole tahan sket lg. so masih kuatkan diri pegi klas pagi tu. dgr lecture then buat carving. bile balik petang tu tak larat dah pegi klas so balik terus berbaring dan tidur dgn harapan akan ok la penyakit ni. kebetulan azie yg penah mengalami diarrhea before ni ade ubat. so telan lah ubat yg diberi.

bangun petang tu mandi2 n makan bubur fazi masak n then tido awal taw malam tu. tapi yg gilernye ina telah menelan 2 biji panadol,ubat untuk sakit perut, ubat tahan muntah, dan disebabkan batuk yg tak berkesudahan juga ina pun minum jugak ubat batuk. perbuatan itu sungguh giler. kesannye? esok nye (sabtu) ina bangun rase cam ok. mmg ok.

so ina pegi klas cam biase. mmg full la klas. disebabkan rase sihat jadi telah menakalkan diri pegi la makan lwar kedai makan habba. erm balik call mama, mama cakap baru baik dah makan lwar dah. nanti sakit perut balik. hai cakap mak ni jgn main2 mmg doa betul gerenti jadi. :D

kesannye? jam 3.17 pagi ina terbangun. sakit taw perut bergelora. jadi pegi toilet. ok fine. ingat kan dah takde pape. tapi tak bole tido sampai pukul 4 sebab perut still sakit lg. cube untuk tido balik tertido tapi pukul 5 jadi lg. pukul 6 lg. akhirnye ina mesej kawan ina namenye chea hong (sebab ina janji dgn die nak main badminton pg ahad tu) cakap tak bole main dgn die.

chea hong pun dtg bilik tny nak pegi hospital tak? waktu tu pukul 7 pagi. dan orang lain sedang lena dibuai mimpi. ina pun dah tak larat dah pun ikut je la dah ade org nak bawa pegi hospital. sampai hospital ingat kan dapat preskripsi jer. rupe2 nye doktor bg IV fluid. inilah first tyme seumur hidup ina kene masuk air ni dalam badan taw. mulenye ina tak nak tapi doktor insist juga sebab dah 3 ari kene diarrhea.

jadi ina terpakse la ikut jer ape kate doktor yg lebih arif. hmm tak admitt pun hospital. terbaring je la kat emergency tu. dan macam biase menangis2 la. sebab? teringat kat mama, sedih, sakit. (sy kan manje yg bukan2? =P). chea hong pun tak terkate sedih juger n tak taw nak wat ape.

sambil dimasukkan IV fluid tu datang la doktor merawat. tekan2 perut ina. memang tak bole diluruskan kaki sebab sakit kat perut. macam2 lah soalan yg ditny doktor tu. tapi ina puji doktor ni sebab die faham perasaan kite. maybe sebab ina yg mmg kaki nangis kot. die cakap "don't worry, u'll be ok. don't be tension." then die asyik tepuk2 belakang ina.

kate doktor tu setengah jam jer masuk air tu. tapi lame juga la rasenye ade sejam juga. peliknye hospital india ni ade k patut kene ganti balik air tu bukan nye bayar jer dah ganti air tu baru die tgglkan jarum kat tgn ina tu taw. teruk juga la. tapi sebab tgh sakit kan tak peduli la. asal ina sihat sudah la.

selesai semue pulang ke hostel. jam 9 lebih rasenye. betape terharunye ina dgn chea hong. mmg tgn dah menggeletar. chea hong yg baik hati bagi ina roti, horlicks suro breakfast. ina peluk chea hong. ina cakap terima kasih. sgt sayang die.

siang tido jer. sedih. call mama cakap sume. nangis lg. waktu malam rasenye macam dah ok sket. esoknye pun rase macam dah ok sket juger. nak pegi klas pukul 10. dah nak siap dah tapi tibe2 pening sgt. sampai tak boleh jalan. jadi ina tak pegi juge klas satu hari. sedih nye tgh hari tu fazi dtg lawat suap makan (tibe2 rase macam ngade2 nye n manje nye sy ni). tak lalu makan pun sbnrnye. tapi kene makan juga sket.

malam tu azie ngan fazi makan lwar. setelah melihat ina yg sedih tak berkesudahan mereka ambil keputusan nak bawa ina pegi hospital juga. tujuan nak suruh ina admit. ina sedih sgt nangis lg. kali ni fazi plak peluk. wawa~ seriously macam kanak2 5 tahun.

kali ni makcik sylvina, chea hong dan soo sitt leng berusahe membuat bubur nasi untuk ina. sylvina garang betul. "kamu makan taw! bnyk2 sket! lepas ni pegi hospital" syg semue yg jage ina tyme ina sakit2. =)

balik jer mereka terus cakap siap2 nak pegi hospital. bahagian ni mmg kelakar. siap dah semue barang2. yg nak meneman tu yg bawa bnyk barang. si fazi ni macam yakin jer ina kene admit. siap bawa nestum, kamera la macam2 lagi la.

tggu punye la tggu doktor tu tak sampai2 ade la sejam menunggu. haish sembuh dulu sakit sy selame menunggu doktor ni. bile dtg garang benor doktor yg seorg ni. prosedur yg same jer dilakukan macam doktor yg dulu tu. pastu bg preskripsi ubat punye la bnyk.

die ade tny nak admit atau amik ubat makan jer? dah tentula ina tak nak masuk hospital. nanti kene cucuk lg. tak rela la ina. jadi kami pun pulang bersame2 beg yg dah dibawa siap2 tu. (yakin benar ina kena masuk hospital budak2 ni =P)

setelah pulang makan ubat dan tido. esoknye alhamdulillah dah ok sket. tapi pagi tak pegi klas juga. petang baru pegi sebab pening baru hilang sket. dan skrg di saat menulis rasenye dah sembuh sket la cume pening2 sket.

sepanjang2 sakit ni ina nak berterima kasih dekat:
  1. mama ngan abah yg selalu mendoakan untuk anak manje mereka ni
  2. chea hong yg initiate bawa ina pegi hospital
  3. fazilah tempat ina nangis
  4. aziemah my rumate yg tolong picit kepale ina tyme pening
  5. sylvina tolong masak nutritious bubur
  6. soo sitt leng yg menghiburkan hati
ade baik juge ditimpa sakit. ina sedar yg ina ni seorg hambe ALLAH yg kecil yg tak sehebat mane. bile sakit kite akan jadi lagi dekat dgn DIA.
"ya ALLAH sesungguhnye aku redha dgn penyakit yg ENGKAU berikan. ampunilah dosa-dosaku dgn kesabaranku ini. golongkanlah aku dalam kalangan org2 yg sabar,redha dan bersyukur ya ALLAH"
p/s: tak dapat dinafikan ina mmg kaki nangis :D lagi2 bile sakit. kepade semue yg membace jgn lah pandang serong kat ina plak yer =)

Saturday, November 29, 2008

dINnEr WiTH mR KHai

Assalamualaikum...

Erm alhamdulillah.. akhirnye dah kwar pun sume result exam. syukur takde yg fail lg stakat ni. cume tggu la untuk result dental material kwar plak. hopefully tak fail la. hehe :D

erm baru2 ni pade hari rabu yg lalu en khairudin bin haji abdullah, education consul, consulate general of malaysia (translate sendiri lah dalam bahase melayu yer =P) telah melawat kami di belgaum ini. tidak terkate betape gembirenye dan terharunye bile ade org datang melawat kite ni. yelah walaupun die takde la mempunyai pertalian darah dgn kite kan. maksudnye bukan lah mak ayah atau sedare mare kite, tapi rase nye sgt gembire bile ade org malaysia yg melawat kite lagi2 kat tempat yg jauh dr famili macam kat perantauan ni.

pade mulenye perjumpaan diadakan pade waktu tgh hari. perjumpaan ini diadakan bersame2 dgn pihak universiti. punye lah bnyk masalah yg diadukan dr masalah cuti yg pendek, penyakit yg menimpa student, exam yg berterusan sampai la ke masalah bekalan letrik yg terputus2. macam2 masalah betul dekat india ni.

yg kelakarnye disebabkan perjumpaan ini disertai oleh pegawai india juga, madam swathi (yg menguruskan international student) makanye kami boleh bercakap bahase melayu lagi2 kalau nak cakap pasal org2 india atau perkare2 yg tak puas hati dgn universiti mahupun lecturer.

erm then waktu mlmnye diadakan dinner la plak bersame2 en khai yg hensem ini =P boleh dikatekan ramai juga yg terkejut la mule2 jumpe en khai ni. ade yg ingat die dah tue, tapi hakikatnye mude sgt lg~ hehe
ok la meh tgk2 gamba bersame en khai ini.

first year mbbs n bds student

kami yg mmg suke bergambar bersame2
3 sekawan
ade muke tambahan saudara anand (penampilan khas dr chennai)

kelihatannye ina macam takut ngan en khai jer =P

owh lupe plak nak cerite. majlis makan malam ni diadekan kat hotel yg bertaraf 3 bintang la jugak. namenye vit's hotel. bygkan la dalam pukul 11 malam macam tu ina bersame sylvina n soo sitt leng pegi turun kat pondok pak guard berjumpe dgn manager hotel tu untuk pilih menu (mlm sebelum dinner). pak guard pun dah bising2 suruh naik. haish.. sy dah penat la wat keje2 camni..

gembire mmg gembire ade org dtg melawat. rase2 nye gare2 makan di vits la hampir kebnykan rakyat malaysia yg dtg dinner malam tu diserang diarrhea!! wah sakitnye! muntah lg! pening lg! dahsat2 ponteng lg klas. aiseh baru nak wat marathon tak ponteng klas dah sampai cuti. amik juga emergency leave.. mujur la dah sihat sket ni alhamdulillah =)

erm ok la sampai sini je la dulu coretan ina yg mmg bnyk celoteh ni (ceh perasan!). lg skali tak sabo nak balik malaysia tanah airku~ =)

Thursday, November 20, 2008

exAm DaH AbIS tApi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah boleh juga masuk internet setelah beberape ari internet takde dalam hostel ina ni. dari pukul 6 sampai pukul 7 wajib takde eletrik. lepas tu bile ade balik tak dapat internet terus dah. hai pelik2 india ni. sabar je la.

erm exam dah abis dah dari ari sabtu yg lepas. sepatutnye begitu la. tapi berite tergempar terbaru plak boleh cr umumkan ade internal assessment untuk dental material plak minggu depan. elok2 dah merdeka kene bace buku balik. tak jadi plan nak shopping ahad ni. erm tak taw juga mane la taw bole wat pelik pegi shopping juga ahad ni. bukan bole percaye sgt kan? kan?

isnin ni ade teori dental material 8 sampai 9 pagi. then ade praktikal plak ari khamis mggu depan dari pukul 930 sampai 1230. tak taw la ade viva k tidak. ina ni dah la jenis cepat cuak sket kalau org tny depan2 ni. lagi2 dalam english maw tunggang terbalik bercakap. takpe2 yg penting teruskan usaha~!

okla sampai sini saje coretan ina. malas nak menulis. tak sabar nak balik malaysia disember ni =)

Friday, November 14, 2008

eXaM

Assalamualaikum....

yeaaayyy exam bakal habis hari esok, esok ade praktikal mengukir gigi. ermmm semoga ina boleh meng'carving' cantik2 esok mengikut dimension gigi yg betul. doakan kejayaan ina yer. insyaAllah ina akan menulis lagi dgn banyak2 lepas ni, lebih2 lg dgn berakhirnye exam!!! semoga ina lulus semua subjek.... amin....

Wednesday, September 24, 2008

pUAsa Di pERanTAuaN

Assalamualaikum...

lame sungguh ina tak menulis ape2 di blog ni. almaklum la dgn tuntutan mase yg semakin mengekang. bile balik jer dr klas pukul 5 dah penat nak rehat2 kejap, lepas tu nak sediakan makanan nak buka puase. mmg satu perkare yg boleh ina banggakan bile duduk kat india ni, kami sume menjadi rajen memasak.. walaupun sesape yg jarang2 masuk dapur mase kat mesia dulu sume jadi rajen nak memasak.. hehe walaupun masakan tu tak de la sedap mane tapi jadi sedap juga la kalau nak dibandingkan ngan makanan mess (mess tu dewan makan kat hostel).

ina yg tak penah mencube membuat kek batik pun bersgguh2 wat. what we call first try hehe. well actly tak susah sgt wat kek ni cume agak mahal la kos die. tapi yg penting org len makan sume kate best~ =P (perasannye sy!)



oh yer beberape mggu yg lalu specific date 13.09 ade larian obor mungkin untuk sukan commonwealth, tak sure la ape mende larian sbnrnye. kami tertipu! kate nye amik attendance tapi hapah pun tidak! kurang asam betol! dah la puase lg ari nak ujan plak tu. tggu punye tggu tak sampai2 juga obornye. makanye kami sekadar membuang mase dgn mengambil gamba dan berborak2 jer. tapi lepas tu kami pegi la kedai dekat2 situ, then ape lg escape la! bile dgr2 balik rupe2 nye event tu tamat pukul 8 malam! suruh dtg dr pukul 4 dan abis pukul 8! dahsyat betol~ biarla student2 tempe yg seronok sgt join. kami yg NRI ni biarlah berehat2 dalam bilik huhuu~ =P



ina bersame2 dgn senior 3rd year~


bergambar bersame madame Kale vice principal dental college~



student2 tempe yg semangat memakai jeans walau untuk berlari~


kami yg hapi sentiase hehe



rupe2 nye larian ni bukan saje melibatkan pelajar2 KLE jer tapi dgn budak2 sekolah skali. maka beraturla di sepnjg jalan tu kanak2. mereka pade mulenye mmg pndg kami yg NRI ni tak berkedip. almaklumlah jumpe org lwarkan~ hehe tapi bile kite acu jer kamera kat diorg ni riuh nye bukan main lg! seronok org tgkap gamba diorg!


tgk la ade budak yg siap pakai spc hitam lg~



ok dr segi akademik plak segale2 nye berjalan seperti biase. hehe ade la turun naik jugak. terpulang pade motivasi diri~ erm bercakap pasal motivasi ni mane la ina nak dapat kan motivasi diri ni ek? ape pun sume nye kene kuatkan semangat untuk terus belajar dan belajar! ini ina nak tunjuk kan gamba gigi yg ina tebuk tuk wat kaviti, dah bosan siap wat peace2 lg dalam klas. mujur la PG (post graduate) tu tak nampak. kalo tak kene marah tak pasal2 huhu~





sy bersame2 gigi yg di tebuk tak dapat approval pun sadis nye~


erm bulan puase dah tak lame dah nak sampai k ujung. syawal bakal menjelma tiba... bagaimane dgn sume org kat mesia? dah prepare nak raye??? hehehe ina di sini ape yg ade aje la~ well kami mungkin akan beraye ari khamis 2.10 lewat sehari dr mesia samela mase mule puase dulukan kami pun lewat sehari. tak kisah la janji raye. kebetulan ari tu bufday mahatma gandhi. makenye kami cuti la. sambutan plak kami ade kan sendiri2 jer kat hall sesame malaysian. plannye nak masak rendang, sate, ketupat, lemang (yg instant2 je kot~). dan yg 'best' nye ina menjadi ajk makanan. wah ina kene pastikan makanan cukup dan tukang merebus2 ketupat la jawabnye~ tak pela yg penting semue hapi, nak raye ni!!


ari ni lagi perkare yg menggembirekan ina, ina dapat kad raye nun jauh terbang dr mesia. mekacih mak tam anta kad raye. mekacih org manipal bagi kad raye jugak~ siap ade duit raye lg =P



ok la setakat ni saje la penulisan ina kali ni. bulan ni bulan malas menulis sket. selamat untuk segale2 nye untuk sume!! =)

Wednesday, September 3, 2008

1sT rAMadHaN

Assalamualaikum...

ini ade beberape kisah yg ina nak pamerkan...

waktu pukul 156 pm hari isnin 1 sept, bertempat di anatomy lecture hall.
komal : hey amalina do u fast today?
ina : no, i will start fasting tomorrow.
komal : i thought u'll start today.
ina : no la, malaysia start fasting today. but belgaum tomorrow.
komal : i see, how do you know?
ina : owh people from the mosque said like dat.
komal : u went to the mosque???eh of coz no, u girl r not allowed to go the mosque rite?
ina : i don't go to the mosque but my senior told me about dat. ya ya here gurl is not allowed to go to the mosque. but in malaysia we r allowed.
komal : so in malaysia u went to the mosque???
ina : yes of coz...

wawa dahsat nye org kat india ni. curious benor nak taw pasal sy ni. tapi mmg hairan la kalo tak bole pegi masjid kat sini untuk org perempuan. erm kasihan... masjid dorg pun kecik jer. baru smalam ina first time jumpe masjid kat belgaum ni. sebelah dgn hotel de niyaaz tempat kitorg buka pose first day. masjid tu adelah rumah kedai due tingkat yg dimodify. silap betul tak tangkap gamba. mane tak nye pikiran asyik k makanan je....

waktu pukul 515 pm isnin 1 sept, bertempat di shoppe de campus (d only tempat nak membeli belah dalam kampus)

ishdeep : hey amalina r u fasting today??
ina : eh no we will start fasting tomorrow.
ishdeep : u know i've already fasting today, and i'm starving for one day.
ina : y r u fasting?
ishdeep : actly i've a friend in saudi arabia n (i'm not sure she or he) fastting today. so i want to fast with (he/she) also.
ina : owh i see. yeah may b arab start fasting today but belgaum tomorrow. becoz malaysia also start from today.
ishdeep : ok, then can u please tell me everyday when is the time to break fast?
ina : (dalam ragu2) ok2 (sambil tersenyum). it's pity for u it's already 515 pm and ur starving. u should ask me first.

hai ini satu perkare yg menghairankan. ishdeep ni bukanla seorg muslim. malahan die adalah seorg sikh. may b la sebab name die ishdeep kaur. dan yg lebey menghairankan die pun nak pose sebab ade kawan blaja kat arab sane pose. owh begitu.... tapi kesian la jugak sebab die dah pose hampir satu harikan. sebab die berbadan agak besar. so mesti la lagi lapo.

waktu pukul 756 am, bertempat di lecture hall di dental college.

komal : amalina, r u release ur fast today?
ina : yes, of coz.
student : r u fasting today?
ina : yes.
student : do u will keep a month?
ina : yes.

ana : hapi ramjan amalina.. (sambil menghulurkan tgn nak bersalam)
ina : yeah hapi ramjan to u too.

haish begitu dikenali ramai sy ni. bole dikatekan budak2 tempe ni berkenan betol nak tny itu ini dgn ina ni. tak de plak tny dgn si azie tu. sebabnye azie ni tak suke sket melayan org. lg2 student tempe ni. hmm btw ana yg bertanye ni muslim taw. dekat india ni mereka tak sebut ramadhan betul2. ade sebut ramdhan la, ramjan la, ramzan la. mule2 pelik juga tapi lepas tu bese la. kalau sembahyang plak dalam hindi disebut namaz. wah sy blaja hindi la duk india 5 tahun ni.

mereka semue ni macam berase : wah puase satu bulan!!! mesti nak kate ina hebat kan? hehe takde la gurau je. ana pun penah tny nak pose penuh sebulan k? eh mestilah budak ni. ade tny cam tu plak. ntah2 dorg ni pose ikut dan jer. kalo rase nak pose, pose la. jahatnye sy buruk sangka. haish amalina~

ina bersahur di hari pertame dgn roti bersapukan nutella jer bersame air milo. hmm asal makan. tapi buka pose kat hotel di niyaaz. namepun ari pertame bole la nak makan kat lwar. ade org mintak sedekah dekat lwar tu die pakai jubah ngan kopiah skali. mase nak balik tu bole nak dikutnye ina. pggl madam2. ina cepat2 jalan nek auto. ina takut giler. ina cakap nahi2. huh kus semangat~. ari second ni sahur dgn lauk2 yg diparcel dr hotel semalam sebab tak abis makan. kami ni mmg order itu ini tapi tak abis pun makannye. tapi yg best nye kan. minum paludaf (tak sure camne ejaan nye) but then die sgt sedap. macam ais krim campur cendol. ade buah selasih lg. owh yummy2

owh hari pertame pose tgh ari ina pegi dental college dr medical college. (untuk pengetahuan semue dental college n medical college berbeza taw. macam blaja anat, physio n biochem sume kat medical college. but tuk blaja pasal gigi sume kat dental college. so kene la berulang alik.) ina nak wat plaster gigi lg. nak wat plaster gigi ni kene wat sendiri2 di lwar waktu belajar klas. sebab model2 gigi ni nak digunekan waktu pre-clinical. seronok wat mende ni. kene bancuh plaster cepat2 then tap2 die bg buang buih2. then kene cepat2 pour dalam mould die. then tap2 lg. pastu tggu kering baru bole kwarkan.



mmg penat la ina wat dr pukul 12 sampai dekat pukul 1 baru balik hostel. sorg2 plak tu. takde org lain. tak payah berebut2 mould. ina wat bnyk2 senang di kemudian ari. hehe. balik hostel ina terus baring n tido kejap before solat nak pegi klas anat pukul 2 plak.
baiklah rasenye sampai sini aje la coretan ina kali ini. kehidupan mmg penuh dgn warne warni. kdg2 kite hepi n kdg2 kite kan sedey. sume ni la yg mendewasakan diri ina..... =))
selamat berpuase kepade semue. semoga di bulan yg mulie ini kite bersame2 menambah amalan kite yg tak seberape selame ni yer... =)

Saturday, August 16, 2008

oRiEnTAtiOn

assalamualaikum
ari ni tanggal 16 0gos 2008 maka kami menghadiri orientasi di dental college. kebetulannnye 15 ogos merupekan ari kemerdekaan india yg ke-61 makanye ramai la student yg tidak hadir. mane tak nye sume amik kesempatan balik ke tempat masing2. terus wasal cuti dr ari jumaat sampai la ahad. ade yg dr ari selase pun dah balik. student2 yg same batch dgn ina kebnykannye jauh2 juga tempat asal nye. macam hyderabad, gujerat, punjab, delhi, hmm merate lg la. macam kami ni yg nri (non resident india) ni dah sah2 la tak leh nak balik. huhu... jadi mmg patot la tercongok muke pegi orientasi.

orientasi kat india ni tak same ngan kat mesia. dorg tak de orientasi lame2 macam kat mesia seminggu ni. orientasi cume 'a few hours' dtg dgr die cakap2 pasal kolej n pembelajaran, do's n dont's then abis. syok betol~ tak macam kat mesia karang ade dgr itu la ini la. ade treasure hunt la. kene prepare wat performance tuk penutupan orientasi la. macam2

berikut ini ina tunjuk kan kat sume ina punye kalender akademik....

1. Commencement of academic session 15th july 2008
2. First Terminal Examination 10th nov 2008
3. Vacation 24th dec 08 to 4th jan o9
4. Resumption of classes 5th jan 2009
5. Second Terminal Examination 9th march 2009
6. Preliminary Examination 1st june 2009
7. Last working day 30th june 2009
8. Last Instruction Day 11th july 2009
9. Preparatory Day 1st to 12th july 09
10. Annual Examination - Theory 13th july 2009
11. Annual Examination - Practical 18th july 2009
12. Announcement of Results - Tentative 3rd august 2009
13. Vacations will begin From last day Practicals till
13th august 2009
14. Commencement of 2nd year 14th august 2009
plz notify cuti ina sgt la pendek. uhuhu~ sedey nye macam tak berbaloi je beli tiket balik mesia mahal2 tuk cuti yg pendek. tak pe ina buat cuti sendiri. as long as attendance 75% heheh. hmm ok la takat tu je la. teringat kat principal kitorg yg comel Dr. K. R. Indushekar. baik dr ni. HOD tuk department kanak2. semoga sy bole mengharungi thn pertame BDS dgn jayanye! insyaAllah. ok da~

Sunday, August 3, 2008

sTuDY2

assalamualaikum..

kali ni ina nak cerite perihal study yg dah bermule. ina membelanjakan lebih rs5000 untuk membeli buku2 kat sini. kat india ni buku mmg murah2. tapi tak de la selawa buku2 kat malaysia yg berwarna warni dgn ilustrasinya. but it still ok kan. as long as i can read and study of coz! pembelajaran agak memenatkan. buat mase ni ina blaja lebey kurang 7-8 subjek la. yang biase didengar la kan anatomy, physiology, biochemistry, yg tuk dental plak dental material, dental anatomy dental histology(DADH), hmm dissection pun ade belah kepale org, huhu~practical pre-clinical prostho macam2 la name yg pelik.


kalo subjek DADH ni blaja pasal anatomy mulut la then kene wat keje2 mengukir. blaja pasal sel2 hmm macam2 la. mampukah sy menghabiskan segale buku2 ini?

sy yg sedang melaksanakan keje2 mengukir~ lenguh tgn dibuatnye. mmg menguji kesabaran la sebab kene berhati2 spy tak terkeluar dimension die.

ini la dissection hall kat JNMC ni. kuat bau formalin die n tak begitu hygiene punye te
mpat. terutamenye kolah2 tempat die menyimpan mayat2 ini. mase kitorg dtg mmg dah beberape kali mayat baru sampai n kitorg tgk la camne lctrr2 mengerjakan mayat2 ni tuk di awetkan. kasihan mayat2 ni jadi bahan kajian.
betape tidak hygiene n menggelikan tempat ini. dan yg tak tahannye pekerja2 die bole angkat2 mayat ni pakai tgn dorg je without even wearing gloves! euww~ then sibuk tny2 name org. malaysia? hmm mereka mmg sgt berminat dgn org mesia. huhu
kami slalu dtg awal. klas start pukul 2 tapi 130 dah gerak dah. mmg student mesia macam kami ni suke dtg awal. ni kat klas lecture anatomy. nampak lawa kan? coz ni yg baru punye. ade yg burok2 tapi ina tak tgkp la plak. klas satu jam n lctrr cakap ape2 ntah. last2 tak paham coz dia cakap laju n slang die lg yg meleweh. but ade je lctrr yg ok yg kitorg admire dr harsh. hensem la die (dalam kategori indian la) =P

kitorg kat sini selalu terpakse keluar sebab nak beli brg2 tuk dental tak pun brg keperluan. slalu pegi dental depot, tak pun bombay surgical. lg satu shri ganesh bookstore beli alat tulis. yg tak tahannye bole plak jumpe gajah tgh pekan kat jalan maruti galli tu. ish3 kalo lembu tak pe la pemandangan bese lg tapi ini gajah berjalan2 kalo pijak org ni gerenti mati la~ . naik auto beramai2. kat sini pemandu2 auto ni sume dasar kaki nak menipu jer. kalo bole nak dihentam mahal2 kitorg ni. jadi ape lg, skill berlakon amat diperlukan di sini. n besenye sume kami pggl 'bahiya' heheh.
lagi satu kat sini ujan mmg la tak berenti2. bole dikatekan setiap ari tak sah hidup kalo tak ujan! pastu turun mengejut plak tu! tanpe petande!sejuk nye bukan main lg. ina nak tido malam pun menggigil2. walaupun dah pakai sweater, pakai stoking. wah macam org bersalin plak! jadi brg yg paling utame n menjadi kesayangan di sini merangkap sahabat karib adelah payung!!! payung yg ina beli kat mesia mmg tak tahan. baru pakai 3 mggu jer. dah tercabut2 dah besi benang die. pastu asyik luruh jer . jadi ina pun terpakse la membeli payung made in india yg lebey endurance berharge rs75. payung ni mmg dahsat tekan je terus terbuka. so sesape yg jahat2 don't u dare to come near to me!
begitu lah serba sedikit adenye kehidupan di sini. erm rasenye baru baik dr homesick ni. dah bole terime kehidupan di sini bit by bit. but still malaysia is d best for me!!! wa rindu mesia!! nak makan makanan mesia, nak beli brg2 kat mesia! wa~ rindu everything in mesia!!! but life must go on. gambateh! aja! aja! fighting!!! AMALINA CAN DO IT!!!