Sunday, April 10, 2011

Alhamdulillah....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sy menulis kembali akhirnye setelah sekian lame menyepi. Bukan ape cuma tak terasa untuk menulis sudah. Walaubagaimanapun insyaAllah sy akan mule merajin2kan diri ini untuk aktif menulis kembali. Cuma tema yg dibawakan kali ini lebih menjurus ke arah bidang dentistry di samping aktiviti2 semasa sy di belgaum ini.

Sekarang sy sudah berada dalam tahun ketiga BDS (Bachelor Dental Surgery).
InsyaAllah bulan Julai ini sy akan menghadapai peperiksaan akhir tahun dan akan masuk ke tahun empat bermula Ogos. Ternyata setelah beberapa tahun belajar sy mendapat gambaran yg lebih mengenai bidang pergigian ini dan semakin menyukai nye. Gambaran yg bukan sahaja melibatkan kerja2 menampal gigi berlubang mahupun mencabut gigi sebagai langkah terakhir bahkan lebih daripada itu.

Saya akan cuba membentangkan topik2 yg relevan untuk diketahui umum dalam bahasa yg mudah dan juga dalam bentuk yg menarik. Di samping cuba untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kesihatan gigi khususnye dan oral amnye.


Ini kerana pengetahuan mengenai kesihatan gigi masih kurang lagi dikalangan orang awam. Malahan saya sendiri sebagai bakal dentist juga masih ada sekelumit perasaan takut untuk berjumpa dengan dentist.

Terdapat 9 cabang utama dalam bidang Dentistry ini, antaranya :
  1. Oral Medicine and Radiology
  2. Prosthodontic
  3. Oral Maxillofacial and Surgery
  4. Conservative and Endodontic
  5. Periodontic
  6. Pedodontic
  7. Orthodontic
  8. Oral Pathology
  9. Community Dentistry
Saya akan cuba menerangkan setiap satu persatu cabang2 di atas dalam post2 yg akan datang.
Semoga sedikit sebanyak akan membawa kebaikan kepada semua pembaca ye! Akhir kata ingat
pesanan saya gosok lah gigi anda sekurang2 nye 2 kali sehari. Gigi anda merupakan salah satu
pintu untuk anda kekal sihat hingga ke akhir hayat! Senyum selalu :) semoga bertemu lagi dalam
post2 sy yg akan dtg.

5 comments:

kotak said...

owh!!!!amal!!! slamat kembali...

Norfazilah said...

slamat2 kembali,,huhuhu,,,
nnt nko bt specialist ortho boleh bt free tok anak2 aku,,,,hehehe

nur_amalina said...

kepada kotak : thank u2 insyaAllah aku akan rajen2 lagi menulis pas ni

fazi: ooooo tak nyabo yer insyaAllah tgk lah yg mane satu minat aku nanti n mane lebih bnyk mendatangkan fulus~ hehehe

zyda said...

wah..selamat kembali...lama tul menyepi kak amal nie....
teruskan menulis tentang gg yer...
:)
t leh dptkan rwatan free ngn kak amal..hihihi...

>>adik fazilah<<

nur_amalina said...

zyda : woh zyda rupenye... ingat kan sapo lah~ insyaAllah jika diizinkan Tuhan, doa2 la akak jadi pakar ye senang2 wokme2 juga nanti hehehe :)