Saturday, November 7, 2009

Cerita semalam XD

Assalamualaikum...

nak taw tak satu cite?? hehe kalo dikenangkan mmg rase cam nak tutup jer muke haish2 malu giler tak taw nak letak muke kat mane dah. sumpah tak pegi dah pasar ikan ni berbulan2 huhu.

erm macam ni abis kelas semalam pukul 4 terus balik bilik dgn perasaan yg tidak baik. sebab? wat alginate impression 4 kali pun tak jadi2, rahang raji n chea hong besar. (tak pun mmg ina yg takde skill? entah la tak pe la cube lg yer), lepas tu kene plak tggung kesalahan tempe tak gune sebelah ina yg buat kotor haish -_- haish madam bukan salah sy... tapi tak terkate2 juge makanye terkebil2 je la kat situ... sedih2 benci sume pun ade (takpe2 ade ubi ade batas ade hari bole balas. dush ambik ko!)

ha malas nak pikir! balik bilik lepas solat kwar ngan fazi nak pi maruti galli road beli barang sket (mentang2 la duit dah masuk) n pas tu pegi la pasar ikan. hajat nye nak beli ikan la kan. disini la kisah memalukan kami berlaku...

duk order la ikan tu udang ni (nasib baik takde sotong) sekilo sekilo sekilo... fazi tanye eh ko ni cukup duit tak? aku tak bawa duit ni.ye ye cukup aku bawa 2000 (ceh yakin jer!) lupe plak nak mention bukan tuk ina sorg jer ni. senior2 pun duk kirim gak hahaha skali nak bayar alamak tak cukup duit. ish2 dah malu dah ni.

ha a la aku bagi pinjam duit kat ko tadi 500 tak cukup la weyh. camne ni. pakcik2 jual ikan pun dah pandang kiri kanan (part ni nak gelak2 dah ni) then fazi pun tny ngan pakcik tu. is there any nearest atm here? (sib baik aku bawa kad dalam hati ina berkate2). ade2 pakcik tu cakap. ok la cam tu kitorg nak pi amik duit dulu la. ok2 jom.

then kwar la dari bangunan itu. pakcik yg lain plak suro kitorg naik motor tetibe. haik? nak naik bertige k? ha belasah je la darurat2~ bukan2 kamu naik due org sy naik motor lain ikut jer... oooo ok2 malunye la sebab ade org tetibe yg duduk depan tu cakap eh tu motor sy! bukan2 kami tak curi pakcik tu yg suro kami naik oooo ok2. ina mmg tak taw nak cakap ape dah tutup2 muke malu giler. mujur la kat negara org cube kat mesia maw di halau duit takde?

sebelum naik motor tu kan. eh fazi ko pandai k bawa ni? aku tak reti. reti2. itu la ina tetibe rase nyesal plak tak amik lesen motor dulu. (hahaha kantoi disini)makenye naik la motor mengekor pakcik tu. jalan pun sesak kat situ. takut2 juga ina dibuatnye almaklum la mama mmg tak bagi naik motor ni. cuak2.

dah balik pasar ikan. bayar2 sambil sengih2. hai malu sungguh tak terkate... mujur la pakcik tu baik. suro simpan duit baki pun tak nak. baik sungguh. mekacih bnyk2 yer pakcik ^_^ hmm cepat2 kwar n balik hostel. maghrib dah ni....

itu la alkisahnye di pasar ikan. moral of the story is... sile la bawa duit yg mencukupi yer... (hahaha).

tapi tu la kan kat india ni mmg kalau yg baik baik sangat sampai kite sendiri pun tak percaye betul ade k org yg baik giler cam ni kat india ni? kalau yg jahat tu jahat sungguh macam tempe yg suke mencuri dalam kelas ina tu. (betul cakap abah).

hmm ok la sampai sini je la cite ina. malas dah nak tulis lagi pun. hehe k pen off now.

Friday, October 30, 2009

Menulis...berita terbaru?

Assalamualaikum...

sudah lama blog ina ni tak diupdatekan. jadi kali ni ina nak bercerita pasal pemergian ina ke manipal pada 16-20.10 dan majlis makan malam (malaysian night) pada 24.10 yg lalu.

kedatangan ina ke manipal kali ni bukan lah kali pertama, tapi merupakan kali kedua. jadi ina tahu juga la selok belok manipal ni juga. kami dtg ke manipal seramai 8 org. 3 org perempuan dan 5 org junior lelaki. tujuan kami adalah untuk menyertai JASSI (jalinan sahabat seluruh india).

program ini adalah satu program islamik untuk bakal doktor2 (dentist pun bole kire juga la). antara slot yg dimasukkan adalah rukhsah untuk doktor dan pesakit yg ina kire amat berguna bukan saje kepada pekerja perubatan tapi juga kepada orang awam juga. selain itu ade juga slot seperti medicine coffee house yg membincang kan kenape kami join bidang perubatan, target dan matlamat kami. kami juga ade slot memotivasikan diri dan juga pesakit. (apakah ayat ini?)

program yg memakan masa 2 hari setengah ni bole la ina kirekan ok dan bermanfaat juga. banyak juga ina berkenalan dgn kawan2 baru. (mengimprovekan network nampak hehe XD). manipal ini letaknye sebelum sampai ke mangalore tempat ina beraye dulu. so perjalanan kurg 2 jam saje la. tapi still semalaman juga.

ok cukup.

kite bercerita plak pasal malaysian night yg bertema kan manhattan by moonlight. bole tahan juga semua org bergaye siap tempah baju lg. almaklumla kat india ni upah menjahit murah. cume pandai2 la cari material dan design sendiri. rupe2 nye ramai juga malaysian kat uni ina ni. lebih2 lg indian private. yg ina tak penah nampak dan kenal pun ramai juga.

ade la juga beberapa persembahan. yg paling ina suke tonton ade la sketch yg dilakonkan oleh senior2 ina. (antara pelakon utamanye kak mas hehe dan tukang bace cerita nye kak shikin). sumpah kelakar dan nak pecah perut juga la gelak2 hehe
yg ina tak sukenye plak disebab kan majlis ini diadakan di rooftop hotel, makanya mereka2 yg mempunyai pendirian bebas apabila malam makin larut makanye merokok la dibelakang. dan disebabkan majlis diadakan di hotel maka adalah minuman alkohol disediakan oleh pihak hotel dan di minum oleh mereka2. oooo (terasa shubahah la plak astaghfirullah amalina, tak taw nak cakap pe sebenarnye..... :( )

erm ape pun sume tu dah berlalu amik yg baik dan buang yg buruk la... ok la biarlah gamba yg berkate2 yer ina malas nak cakap bnyk sebenarnye..








































p/s1 : kepada cik liyana subri aku tak taw la nak match kan tudung siti tu ngan baju mane, lagi satu kang pakai kang jadi siti nur amalina plak kang hehe tgk la camne kalo dah jumpe care aku pakai la heheh XD

p/s2 : lega everything back to normal selesai satu perkare di sane :)

p/s3 : insyaAllah rajen lagi sy tulis la lg blog ni hehe :P salam semua :))

Tuesday, September 22, 2009

something for something special...

Assalamualaikum....

ina sudah pergi dan pulang dari mangalore. perjalanan yg mengambil mase semalaman=12jam itu sungguh lah memenatkan. bukan itu sahaja malah jalan raye nye boleh tahan. tahap first class punye tetapi mengenangkan nak beraye dgn kawan2 itu semua tak menjadi masalah! hehe

ina dan dua lagi kawan ina fazilah dan aziemah bertolak dalam pukul 630 petang sabtu dan tibe di mangalore dalam pukul 7 pagi. hajatnye ingatkan raye hari ahad rupe2 nye kene puasa sehari lagi. takpe la asalkan boleh beraye dgn kawan2. setibanye di maharaja residency ina bertemu dgn kawan lame merangkap kawan kesayangan ina cik siti hawa dan menumpang tidur. setelah berehat beberapa ketika maka ina pun keluar lah berjalan2 melihat bandar mangalore ditemani cik siti hawa.
sungguhlah. bandar mangalore besarlah lagi berbanding dgn belgaum yg tak seberapa. agaknye kalau ina tinggal di mangalore bahagia juga kot. tapi takpe la sudah takdirnye ina di belgaum pasti ada hikmahnye..

penat berjalan2 ina pun pulang ke apartment hawa. kami bersiap2 pula masak untuk berbuka. selesai berbuka maka acara memasak pun bermula. bayangkan lah rumah hawa ditugaskan untuk memasak ayam masak merah. ayam nye saje 24 ekor! macam nak buat kenduri kawen! ina tak dapat nak bnyk membantu sgt almaklumlah kepenatan perjalanan 12 jam masih berbaki sekadar tolong memblender bawang bole la~ hehe tanpa sedar sambil pegang handphone pun bole tertidur.

esoknye bangun pagi2 dan bersiap untuk ke rumah cik faridahanum. satu lagi kawan ina di mangalore ni. almaklum lah rumah anum ni hallnye luas jadi dijadikan markas untuk kami kaum muslimat tuk bersolat hari raya aidilfitri. selesai bersolat kami mendengar sedikit tazkirah minum pagi dan bersurai. jamuan hari raye pula diadakan di tepi pantai sultan battery.
bersegera pulang. ketemu juga dgn ibu kawan ina, diana. tetibe ditegur 'hai ni pengantin baru k? berinai penuh kat tangan!' 'eh tak lah saje suke2' sambil tersengih2 ina berkate2. tak sangka pulak mendapat perhatian ramai tgn ina ni hehe. pulang ketemu pula dgn kak naufa dan kak izzah di kawasan parkir kereta di maharaja residency. 'org belgaum ade kat sini rupenye' itu lah kate2 kak naufa. seperti biase reaksi ina tersengih2 je la
bersiap2 tukar tudung pakai selendang pulak (amboi bukan main lg!) touch up sket2! bukan touch up sorg2 jer. dgn hawa2 pun ina touch up kan. mekda nak pakai celak jer. shu pulak masih tetap dgn pendirian tak maw ape2 tercalit di wajah! hehe (shu jgn marah taw ampun!!!)
bertolak ke sultan battery. wah seronoknye nak beraye! sesampai di sane terasa segan lah pulak. almaklumlah sy org asing. dgn senior2 di sane lg. mmg segan sungguh. ade pulak seorg senior lelaki di sane berkate2 begini. 'eh nape aku nampak bnyk makhluk2 asing kat sini ni?' haish tak bg kami join k?? tak pelah angkat kaki balik la. terase sket hati di buatnye. tapi takpe la rayekan...
majlis dimulakan dgn takbir beramai2 di dalam hall kemudian sesi bergambar (kami takleh join la org lwar kan~) then barulah aksi bersantap! bnyk nye la makanan sampai berlebih2. tapi ina pun takde la melantak sekadar makan lah. mane taknye bukan senang nak jumpe nasi tomato, ayam masak merah, rendang daging, nasi himpit n kuah kacang kat india ni! dan satu lg air limau buatan sahabat sy!!!
selesai makan ramai juga yg masih meneruskan aktiviti bergambar masing2. dan ina pun menunggu masa untuk menaiki bot. bersiar2 di atas bot dgn kawan2. angin yg membelai2 dan pemandangan yg indah membuatkan rase nak tidur. tapi ina tak tido. tangkap gamba org tidur ade la hehe.
pulang ke rumah hawa jam 3 dan berehat sebentar. tertidur kepenatan dan terjaga kembali jam 430. bersiap2 untuk pulang ke belgaum. packing2 dan angkat barang masuk kereta. selamat tinggal mangalore~. sedih tak terkata di hati nak meninggalkan sahabat ina ni. akhirnye kami pulang juga. perjalanan 12 jam=semalaman bermula kembali. jam 6 petang bertolak dan tiba 6 pagi juga...
something for something special... hmm ade makne tu.. biarlah berpenat dan sesusah mane pun perjalanan ina tapi pada akhirnye ina sampai ke destinasi yg dituju. perjalanan yang menjadikan aidilfitri kali ini sesuatu yg istimewa, indah dan bermakne pada ina... =). terima kasih semua di mangalore kepade yg mengenali mahupun tidak. insyaAllah ade rezeki sy sampai lg...

Thursday, September 17, 2009

salam aidilfitri

Assalamualaikum...
ramadhan sudah menghampiri ke penghujungnya dan tak lama lagi syawal bakal menjelma pula..
bersempena dengan syawal yg mulia ini maka ina menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca jika ada terkasar bahasa dan perbuatan
semoga syawal kali ini membawa rahmat, kebahagiaan dan keceriaan kepada semua insyaAllah..
kali ni ina beraye di perantauan lagi la nampak gayanye~ huhu takpe2 pengalaman...


Friday, September 4, 2009

minggu yang sungguh hectic!

salam

ina baru pulang ke india, tanah tumpah tempat belajar ina lagi 4 tahun akan datang. Alhamdulillah lulus sudah peperiksaan tahun pertama ina dan ini melayakkan ina untuk memasuki tahun kedua pengajian pergigian. ina dan 4 lagi kawan ina pulang ke india pada 29.08 yang lalu. perjalanan kami alhamdulillah selamat juga sampai ke bumi belgaum ini.

sebenarnya jadual kelas kami telah pun bermula 2 minggu yang lalu. tetapi kami tetap mengambil keputusan untuk memonteng kelas. almaklumlah cuti kami pendek sahaja dan tidak berbaloi lah kalau pulang ke malaysia sekejap sahaja dengan tiket yang mahal.

mencecah sahaja pesawat egypt air kami ke lapangan terbang antarabangsa mumbai berlaku sedikit penangguhan di mana pesawat tiada ruang untuk diletakkan. sungguh ina tak pernah mengalami keadaan sedemikian rupa. kemudiannya kami menaiki kereta sewa untuk pulang ke belgaum. satu lagi perjalanan yang mengambil masa 7 jam pula. sumpah ina sakit sungguh belakang. tidak tahu cara yang bagaimana lagi untuk duduk di dalam kenderaan toyota innova itu lagi.

sesampai sahaja di belgaum ina bersama rakan sebilik azie dihujani satu lagi beban. kami dikehendaki berpindah bilik pula. sudah lah penat tidak hilang lagi, disuruh pula berpindah, kami berpuasa lagi. apa hendak dikata tidak terdaya kami hendak melawan lagi. ikutkan sahaja lah arusnya. entah bila janji yang dahulu akan ditunaikan oleh pihak pengurusan. barang sudah lah banyak terasa seperti nomad di dalam hostel sendiri. terdetik juga perasaan untuk berpindah menetap di luar.

itu baru permulaan cerita. hari isnin pun bermula. jika semua pensyarah bertanya katakan sahaja kami tidak tahu. ini kelas pertama kami tuan/puan. kerja-kerja pun menimbun termasuklah denda-denda yang perlu dilangsaikan. itulah harga yang perlu dibayar di atas kenakalan diri ini.

bayangkan lah jadual kami yang sungguh lah padat. setiap hari pastilah ada praktikal. bukan sahaja praktikal untuk pergigian tetapi juga praktikal perubatan. (maaf andai ayat ini agak pelik pada pembacaan anda semua). kelas bermula tepat jam 9 pagi dan berhenti sebentar jam 12. kemudian bermula semula kelas jam 1 petang dan berakhir jam 4. sungguh memenatkan kerana rehat nya cuma 1 jam. apakan daya saya cuma pelajar bukan pengatur jadual kelas.

waktu yang berlalu tidak begitu disedari kerana kesibukan menyelesaikan pekerjaan yang tertangguh. dan hari ini makanya jumaat sudah. hampir seminggu ina pulang. dan minggu ini adalah minggu suai kenal diri sendiri untuk tahun kedua ini. sungguh ku harap tiada lah kelas esok hari hendaknya lebih-lebih lagi dengan sambutan hari guru esok. dapat lah ina berehat juga.

makanya minggu hadapan ina perlulah lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh. kerana segala perjalanan kelas dan letak aturnya sudah diketahui. pengurusan masa amatlah penting demi memenuhi segala kehendak pembelajaran. insyaAllah akan diusahakan di situ. semoga tahun kedua ini perjalanan nya lebih baik dan lebih cemerlang amin..

p/s 1: gembira kerana rakan yang disangka menyepi tidak mahu dihubungi muncul kembali.
p/s 2: beraya di mangalorekah tahun ini? insyaAllah jika tiada aral melintang. menukar angin pula tahun ini.

Wednesday, August 12, 2009

kenangan...

tidak kira betapa indahnya kenangan itu,
kadang kala ada kenangan yg kita perlu lupakan

Wednesday, July 22, 2009

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semua dah selesai. peperiksaan terakhir ina pun dah selesai hari ni. dan soalan terakhir viva ina berbunyi begini 'tell me in malaysian language what does it mean with I WILL STUDY BETTER AFTER THIS?

bunyinye mmg agak dahsyat. memang memerli pun. erm bukanlah ina tak boleh jawap lgsg soalan die. cume tersangkut2 sket. sebab tu lah examiner tu cakap macam tu. tersenyum2 org kat sekeliling terutama lecturer yg ajar ina tu. sebab yg menyoal tu external examiner.

ina berdoa semoga ina lulus semuanye dan boleh masuk 2nd year dgn jayanye. insyaAllah..

hmm ape pun ina dah selesai semue paper. sekarang mase untuk berehat. ina nak gunekan mase cuti ni dgn berehat bersungguh2. hehe ina akan pulang minggu depan bertarikh 28 julai. wah tak sabar untuk berade di rumah sendiri. rindu dgn malaysia. nak makan makanan malaysia. nak shopping. nak drive. ape lagi?? hmm nak jumpe kawan2 lame.

hmm esok still tak bole nak jalan2 sgt lg sebab kawan2 ina kebanyakannye still ade paper lg esok.cume ina seorg dah selesai. tapi tak pe bnyk perancangan ni..

okla cukup takat ni dulu bercerita. tadi ina baru jer dinner makan macaroni. pertama kali mencuba masak sendiri. umph.. sedap juga. pandai juga sy masak yer. hehe balik mesia bole la masak kat umah... =P