Thursday, December 6, 2012

kerana

AMARAN! pos kali ini di tulis bukan untuk membangga diri tetapi apa yang lahir dari hati ini.


Sejak kecil saya memang dapat merasakan yang saya agak bijak (ngeh2 macam perasan pula di sini, tapikan tadi dah bagi amaran) Saya memang mudah ingat apa yang saya baca dan dengar. Apa yang cikgu ajar di sekolah. Pada saya semua itu mudah. Kadang-kadang apabila saya lihat kawan-kawan yang kurang bijak sedikit saya rasa ape lah mereka ni. Takkan lah perkara belajar macam ni pun tak boleh nak buat. Hehe kejam kan di situ.

Setiap tahun asyik turun naik pentas ambil hadiah untuk peperiksaan akhir tahun. Saya memang agak cemerlang sepanjang zaman persekolahan. Bukan saja di sekolah kebangsaan tapi sekolah agama juga. Berjaya meraih 5A semasa UPSR. Bangganya bukan main lagi. Saya rasa macam dapat buktikan dekat seluruh dunia semasa tu yang saya ni hebat. Ada juga memohon nak masuk ke sekolah berasrama penuh tapi tak dapat panggilan.

Penyudah nye saya masuk la Sekolah Menengah Agama Rawang. uwaaaaa saya memang homesick sangat. Tak sanggup nak duduk dekat asrama macam kene seksa. Pada akhirnya saya keluar dan masuk lah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang. Saya teruskan pembelajaran saya dan pada usia 16 tahun (tingkatan 4) saya pun mengorak langkah ke Sekolah Menengah Sains Muar. 

Ok tak mahu bercerita panjang. Saya lulus cemerlang juga dalam peperiksaan SPM. Saya mohon biasiswa untuk ke luar negara dan ditawarkan kursus persediaan A Level di sebuah kolej swasta di Sepang. 

Point nya di sini. Pada suatu petang yang hening. Erm sebenarnya saya pun ingat-ingat lupa sudah. Semasa itu ayah saya menjemput saya pulang. Saya tak pasti pulang dari kolej atau sekolah. Saya bercerita pada ayah saya tentang kehidupan saya. Entah macam mana ayah saya memberitahu saya sesuatu yang amat bernilai yang membuat kan saya sedar.

Kata ayah saya dalam Islam di sisi Allah SWT, Allah memandang tinggi orang yang berilmu. Orang yang bijak pandai. Tetapi dalam kalangan yang bijak pandai ni, Allah akan memandang lebih tinggi orang yang bertaqwa. Jadi itu lah sebijak mana kita pun kalau tidak bertaqwa tak guna juga.

Hmmm pada masa tu saya sedar yang mungkin sebenarnya selama ni saya kejar semua kejayaan saya tu mungkin tak bersandar pada Allah. Tujuan saya bukan pada Allah. Saya mahu buktikan pada saudara mara saya, adik beradik saya, jiran tetangga saya yang saya boleh berjaya. Saya nak buat mak ayah saya bangga. Saya betulkan niat saya sejak itu.

Sebelum saya datang ke India juga, ayah saya berpesan supaya berniat belajar itu kerana Allah juga. Dapat pahala yang banyak. Bermusafir kerana Allah. Semua yang kita buat kerana Allah. Acap kali juga sebelum datang semula ke India itulah yang dipesan.

Teringat minggu lepas usrah saya. Kami bertadabbur surah An-Nisa ayat 95-104. Saya tertarik dengan ayat 104 tu. Maksud ayat itu adalah begini.

 "Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Terkesan saya dengan ayat ini. (oooh saya bukan lah ustazah untuk bercakap perihal agama ya). Jadi saya cuba jelaskan pendapat saya. Saya mengambil contoh pembelajaran. Iyalah saya kan sudah menjadi intern sekarang. Jadi tak perlu lah buka buku lagi. Kalau kita belajar itu kerana Allah. Ikhlas kerana Allah kalau sesusah macam mana pun kita akan cuba juga. Dan selepas itu bertawakal. In shaa Allah akan berjaya. Kerana kita yakin bahawa setiap usaha kita itu dinilai oleh Allah dan akan dikira pahalanya. 

Berbanding dengan rakan-rakan yang non-muslim. Apakah tujuan mereka belajar? lulus cemerlang? sekadar untuk memuaskan hati sendiri? boleh berbangga mengatakan ya akulah doktor yang paling bijak sekali? setelah tercapai segala hasrat di hati adakah hati akan bahagia? itu semua adalah keduniaan semata. Kalau kumpul duit sebanyak mana pun tidak lah dapat dibawa masuk ke kubur bersama-sama.

Seorang rakan saya (seorang non-muslim indian) yang bersama-sama posting dengan saya sering tidak mahu membuat kerja. Padanya sekadar membuang masa dan dia juga tidaklah berminat sangat untuk membuat scaling (mencuci gigi). Entah kenapa saya pula berbeza, walhal bukanlah seronok sangat pun. Iyalah sekadar menyental pelbagai jenis ragam gigi manusia. Tetapi dengan kekuatan hati yang kalau sudah diikhlaskan kerana Allah in shaa Allah saya selesaikan kesemua tugasan saya dengan sebaik mungkin. 

Alhamdulillah semua itu memberi kekuatan. Setiap pagi selepas mengunci pintu bilik saya, saya melangkah ke kolej saya. Di dalam hati saya melafazkan "Allahumma Rabbi Zidni 'Ilman Naafi'a". Entahlah tidak diingat dari mana saya menghafalnya tapi itulah doa yang sering saya bacakan setiap kali melangkah ke kolej di pagi hari. Semoga ada barakahnya, in shaa Allah.

p/s: saya bukanlah seorang ustazah mahupun ingin menjadi ustazah. sekadar berkongsi apa yang terbuku di hati. mungkin amalina saga boleh bersambung lagi selepas ini. sekian.

No comments: