Tuesday, September 22, 2009

something for something special...

Assalamualaikum....

ina sudah pergi dan pulang dari mangalore. perjalanan yg mengambil mase semalaman=12jam itu sungguh lah memenatkan. bukan itu sahaja malah jalan raye nye boleh tahan. tahap first class punye tetapi mengenangkan nak beraye dgn kawan2 itu semua tak menjadi masalah! hehe

ina dan dua lagi kawan ina fazilah dan aziemah bertolak dalam pukul 630 petang sabtu dan tibe di mangalore dalam pukul 7 pagi. hajatnye ingatkan raye hari ahad rupe2 nye kene puasa sehari lagi. takpe la asalkan boleh beraye dgn kawan2. setibanye di maharaja residency ina bertemu dgn kawan lame merangkap kawan kesayangan ina cik siti hawa dan menumpang tidur. setelah berehat beberapa ketika maka ina pun keluar lah berjalan2 melihat bandar mangalore ditemani cik siti hawa.
sungguhlah. bandar mangalore besarlah lagi berbanding dgn belgaum yg tak seberapa. agaknye kalau ina tinggal di mangalore bahagia juga kot. tapi takpe la sudah takdirnye ina di belgaum pasti ada hikmahnye..

penat berjalan2 ina pun pulang ke apartment hawa. kami bersiap2 pula masak untuk berbuka. selesai berbuka maka acara memasak pun bermula. bayangkan lah rumah hawa ditugaskan untuk memasak ayam masak merah. ayam nye saje 24 ekor! macam nak buat kenduri kawen! ina tak dapat nak bnyk membantu sgt almaklumlah kepenatan perjalanan 12 jam masih berbaki sekadar tolong memblender bawang bole la~ hehe tanpa sedar sambil pegang handphone pun bole tertidur.

esoknye bangun pagi2 dan bersiap untuk ke rumah cik faridahanum. satu lagi kawan ina di mangalore ni. almaklum lah rumah anum ni hallnye luas jadi dijadikan markas untuk kami kaum muslimat tuk bersolat hari raya aidilfitri. selesai bersolat kami mendengar sedikit tazkirah minum pagi dan bersurai. jamuan hari raye pula diadakan di tepi pantai sultan battery.
bersegera pulang. ketemu juga dgn ibu kawan ina, diana. tetibe ditegur 'hai ni pengantin baru k? berinai penuh kat tangan!' 'eh tak lah saje suke2' sambil tersengih2 ina berkate2. tak sangka pulak mendapat perhatian ramai tgn ina ni hehe. pulang ketemu pula dgn kak naufa dan kak izzah di kawasan parkir kereta di maharaja residency. 'org belgaum ade kat sini rupenye' itu lah kate2 kak naufa. seperti biase reaksi ina tersengih2 je la
bersiap2 tukar tudung pakai selendang pulak (amboi bukan main lg!) touch up sket2! bukan touch up sorg2 jer. dgn hawa2 pun ina touch up kan. mekda nak pakai celak jer. shu pulak masih tetap dgn pendirian tak maw ape2 tercalit di wajah! hehe (shu jgn marah taw ampun!!!)
bertolak ke sultan battery. wah seronoknye nak beraye! sesampai di sane terasa segan lah pulak. almaklumlah sy org asing. dgn senior2 di sane lg. mmg segan sungguh. ade pulak seorg senior lelaki di sane berkate2 begini. 'eh nape aku nampak bnyk makhluk2 asing kat sini ni?' haish tak bg kami join k?? tak pelah angkat kaki balik la. terase sket hati di buatnye. tapi takpe la rayekan...
majlis dimulakan dgn takbir beramai2 di dalam hall kemudian sesi bergambar (kami takleh join la org lwar kan~) then barulah aksi bersantap! bnyk nye la makanan sampai berlebih2. tapi ina pun takde la melantak sekadar makan lah. mane taknye bukan senang nak jumpe nasi tomato, ayam masak merah, rendang daging, nasi himpit n kuah kacang kat india ni! dan satu lg air limau buatan sahabat sy!!!
selesai makan ramai juga yg masih meneruskan aktiviti bergambar masing2. dan ina pun menunggu masa untuk menaiki bot. bersiar2 di atas bot dgn kawan2. angin yg membelai2 dan pemandangan yg indah membuatkan rase nak tidur. tapi ina tak tido. tangkap gamba org tidur ade la hehe.
pulang ke rumah hawa jam 3 dan berehat sebentar. tertidur kepenatan dan terjaga kembali jam 430. bersiap2 untuk pulang ke belgaum. packing2 dan angkat barang masuk kereta. selamat tinggal mangalore~. sedih tak terkata di hati nak meninggalkan sahabat ina ni. akhirnye kami pulang juga. perjalanan 12 jam=semalaman bermula kembali. jam 6 petang bertolak dan tiba 6 pagi juga...
something for something special... hmm ade makne tu.. biarlah berpenat dan sesusah mane pun perjalanan ina tapi pada akhirnye ina sampai ke destinasi yg dituju. perjalanan yang menjadikan aidilfitri kali ini sesuatu yg istimewa, indah dan bermakne pada ina... =). terima kasih semua di mangalore kepade yg mengenali mahupun tidak. insyaAllah ade rezeki sy sampai lg...

Friday, September 18, 2009

salam aidilfitri

Assalamualaikum...
ramadhan sudah menghampiri ke penghujungnya dan tak lama lagi syawal bakal menjelma pula..
bersempena dengan syawal yg mulia ini maka ina menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca jika ada terkasar bahasa dan perbuatan
semoga syawal kali ini membawa rahmat, kebahagiaan dan keceriaan kepada semua insyaAllah..
kali ni ina beraye di perantauan lagi la nampak gayanye~ huhu takpe2 pengalaman...


Friday, September 4, 2009

minggu yang sungguh hectic!

salam

ina baru pulang ke india, tanah tumpah tempat belajar ina lagi 4 tahun akan datang. Alhamdulillah lulus sudah peperiksaan tahun pertama ina dan ini melayakkan ina untuk memasuki tahun kedua pengajian pergigian. ina dan 4 lagi kawan ina pulang ke india pada 29.08 yang lalu. perjalanan kami alhamdulillah selamat juga sampai ke bumi belgaum ini.

sebenarnya jadual kelas kami telah pun bermula 2 minggu yang lalu. tetapi kami tetap mengambil keputusan untuk memonteng kelas. almaklumlah cuti kami pendek sahaja dan tidak berbaloi lah kalau pulang ke malaysia sekejap sahaja dengan tiket yang mahal.

mencecah sahaja pesawat egypt air kami ke lapangan terbang antarabangsa mumbai berlaku sedikit penangguhan di mana pesawat tiada ruang untuk diletakkan. sungguh ina tak pernah mengalami keadaan sedemikian rupa. kemudiannya kami menaiki kereta sewa untuk pulang ke belgaum. satu lagi perjalanan yang mengambil masa 7 jam pula. sumpah ina sakit sungguh belakang. tidak tahu cara yang bagaimana lagi untuk duduk di dalam kenderaan toyota innova itu lagi.

sesampai sahaja di belgaum ina bersama rakan sebilik azie dihujani satu lagi beban. kami dikehendaki berpindah bilik pula. sudah lah penat tidak hilang lagi, disuruh pula berpindah, kami berpuasa lagi. apa hendak dikata tidak terdaya kami hendak melawan lagi. ikutkan sahaja lah arusnya. entah bila janji yang dahulu akan ditunaikan oleh pihak pengurusan. barang sudah lah banyak terasa seperti nomad di dalam hostel sendiri. terdetik juga perasaan untuk berpindah menetap di luar.

itu baru permulaan cerita. hari isnin pun bermula. jika semua pensyarah bertanya katakan sahaja kami tidak tahu. ini kelas pertama kami tuan/puan. kerja-kerja pun menimbun termasuklah denda-denda yang perlu dilangsaikan. itulah harga yang perlu dibayar di atas kenakalan diri ini.

bayangkan lah jadual kami yang sungguh lah padat. setiap hari pastilah ada praktikal. bukan sahaja praktikal untuk pergigian tetapi juga praktikal perubatan. (maaf andai ayat ini agak pelik pada pembacaan anda semua). kelas bermula tepat jam 9 pagi dan berhenti sebentar jam 12. kemudian bermula semula kelas jam 1 petang dan berakhir jam 4. sungguh memenatkan kerana rehat nya cuma 1 jam. apakan daya saya cuma pelajar bukan pengatur jadual kelas.

waktu yang berlalu tidak begitu disedari kerana kesibukan menyelesaikan pekerjaan yang tertangguh. dan hari ini makanya jumaat sudah. hampir seminggu ina pulang. dan minggu ini adalah minggu suai kenal diri sendiri untuk tahun kedua ini. sungguh ku harap tiada lah kelas esok hari hendaknya lebih-lebih lagi dengan sambutan hari guru esok. dapat lah ina berehat juga.

makanya minggu hadapan ina perlulah lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh. kerana segala perjalanan kelas dan letak aturnya sudah diketahui. pengurusan masa amatlah penting demi memenuhi segala kehendak pembelajaran. insyaAllah akan diusahakan di situ. semoga tahun kedua ini perjalanan nya lebih baik dan lebih cemerlang amin..

p/s 1: gembira kerana rakan yang disangka menyepi tidak mahu dihubungi muncul kembali.
p/s 2: beraya di mangalorekah tahun ini? insyaAllah jika tiada aral melintang. menukar angin pula tahun ini.