Friday, September 4, 2009

minggu yang sungguh hectic!

salam

ina baru pulang ke india, tanah tumpah tempat belajar ina lagi 4 tahun akan datang. Alhamdulillah lulus sudah peperiksaan tahun pertama ina dan ini melayakkan ina untuk memasuki tahun kedua pengajian pergigian. ina dan 4 lagi kawan ina pulang ke india pada 29.08 yang lalu. perjalanan kami alhamdulillah selamat juga sampai ke bumi belgaum ini.

sebenarnya jadual kelas kami telah pun bermula 2 minggu yang lalu. tetapi kami tetap mengambil keputusan untuk memonteng kelas. almaklumlah cuti kami pendek sahaja dan tidak berbaloi lah kalau pulang ke malaysia sekejap sahaja dengan tiket yang mahal.

mencecah sahaja pesawat egypt air kami ke lapangan terbang antarabangsa mumbai berlaku sedikit penangguhan di mana pesawat tiada ruang untuk diletakkan. sungguh ina tak pernah mengalami keadaan sedemikian rupa. kemudiannya kami menaiki kereta sewa untuk pulang ke belgaum. satu lagi perjalanan yang mengambil masa 7 jam pula. sumpah ina sakit sungguh belakang. tidak tahu cara yang bagaimana lagi untuk duduk di dalam kenderaan toyota innova itu lagi.

sesampai sahaja di belgaum ina bersama rakan sebilik azie dihujani satu lagi beban. kami dikehendaki berpindah bilik pula. sudah lah penat tidak hilang lagi, disuruh pula berpindah, kami berpuasa lagi. apa hendak dikata tidak terdaya kami hendak melawan lagi. ikutkan sahaja lah arusnya. entah bila janji yang dahulu akan ditunaikan oleh pihak pengurusan. barang sudah lah banyak terasa seperti nomad di dalam hostel sendiri. terdetik juga perasaan untuk berpindah menetap di luar.

itu baru permulaan cerita. hari isnin pun bermula. jika semua pensyarah bertanya katakan sahaja kami tidak tahu. ini kelas pertama kami tuan/puan. kerja-kerja pun menimbun termasuklah denda-denda yang perlu dilangsaikan. itulah harga yang perlu dibayar di atas kenakalan diri ini.

bayangkan lah jadual kami yang sungguh lah padat. setiap hari pastilah ada praktikal. bukan sahaja praktikal untuk pergigian tetapi juga praktikal perubatan. (maaf andai ayat ini agak pelik pada pembacaan anda semua). kelas bermula tepat jam 9 pagi dan berhenti sebentar jam 12. kemudian bermula semula kelas jam 1 petang dan berakhir jam 4. sungguh memenatkan kerana rehat nya cuma 1 jam. apakan daya saya cuma pelajar bukan pengatur jadual kelas.

waktu yang berlalu tidak begitu disedari kerana kesibukan menyelesaikan pekerjaan yang tertangguh. dan hari ini makanya jumaat sudah. hampir seminggu ina pulang. dan minggu ini adalah minggu suai kenal diri sendiri untuk tahun kedua ini. sungguh ku harap tiada lah kelas esok hari hendaknya lebih-lebih lagi dengan sambutan hari guru esok. dapat lah ina berehat juga.

makanya minggu hadapan ina perlulah lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh. kerana segala perjalanan kelas dan letak aturnya sudah diketahui. pengurusan masa amatlah penting demi memenuhi segala kehendak pembelajaran. insyaAllah akan diusahakan di situ. semoga tahun kedua ini perjalanan nya lebih baik dan lebih cemerlang amin..

p/s 1: gembira kerana rakan yang disangka menyepi tidak mahu dihubungi muncul kembali.
p/s 2: beraya di mangalorekah tahun ini? insyaAllah jika tiada aral melintang. menukar angin pula tahun ini.

3 comments:

norfaridahanum said...

sy tertarik dgn p/s1 itu..muahaha! jaga2!

kotak said...

siapakah.....? [p/s 1]
huhuhuhuuuu....aku pon same mcm anum.

nur_amalina said...

hehe sudah tentulah kawan baik aku dari ktt tu... tak sangka timbul kontroversi plak p/s 1 tu yer